Monday, July 9, 2012

kisah flat lagi

dekat flat
situasi ada 10 orang depan lif pada aras G floor
pintu lif terbuka
10 orang masuk ke dalam lif
seorang trun di aras pertama
3 orang trun di aras kelima
dua orang trun di aras ke enam
3 orang trun di aras ke 15
tingal aku seorang di dalam lif
aku kluar dari lif pada aras 19
dah 3 bulan aku kat flat ni seorang pun aku tak kenal lagi jiran2
aduh Kota Kemajuan ini harga yang perlu dibayar

kalau kat kg sehari korang pindah ke sana seminggu dah kenal jiran sekampung...

kisah flat

blok 4,tingkat 19..tempat dirahsiakan
bagaikan hidup terasing
seorang budak kampung terpaksa hidup di dalam hutan batu

bagun pagi solat subuh
eh masih awal pagi
tidorr kembali

jam 12 bangun cari makan
dah kenyang tido kembali

magrib bangun solat  dan terus ke tempat kerja
bolah kah dikatakan hidup aku normal kalau begini...?

Sunday, July 8, 2012

ini hari cuti punya cerita:lepak KLcc dan Pasar Seni

hari cuti punya hal...tak tau nak kemana
pegi stesen universiti parking moto dan ambik lrt terus ke KLcc
rasa macam mimpi dah dekat setahun tak naik lrt tiba-tiba teringin pula nak naik lrt
dah macam orang gila aku seharian
menapak bagai tiada arah keliling KLcc jalan2 tengok orang ramai
tapi apa yang penting di KLcc adalah KINOKUYA
kawan aku tanya kinokuya tu apa..?
he2...agak2 apa yang aku nak jawab
aku bawak dia pegi kinokuya dan dia kata "owh! kedai buku"...
habistu hang ingat apa....kedai makan
kalau ke Kcc memang tak sah kalau aku tak ke situ tapi sedih aku hanya mmpu melihat

Gaji tak MAsuk lagi macam mana mau beli buku
tapi tak apa sekadar boleh pegang,belek2, baca sinopsis pun dah cukup...cukup bulan aku datang lagi jangan risau

lepas ke KLCC aku ambik lrt ke pasar seni kononya nak tengok orang BERPUISI tapi cari punya cari tak jumpa2 sekali ternampak orang tgah buat konsert jalann...aku layannnnn
tengok kepada penyanyi cun melecun semuanya budak2 lagi...sekali diorang bawak lagu latin lah pulak...lagi lama lah aku melekat kat situ..he2

dah tak tahu nak kemana aku menapak pulak ke petaling street hajatnya nak beli dompet (dompet dah 5 tahun tak pernah bertukar ganti, dah koyak rabak) tapi tak ada jenis yang berkenan di hati..pusing2 Petalin street dua tiga round...ambik lrt terus balik rumah...

mngu depan aku nak g pasar seni lagi...he2...mungkin mendengar puisi atau aku sendiri akan berpuisi....

Friday, July 6, 2012

aku

kalau boleh aku nak jadi burung
bebas beterbangan di awangan
hidup bebas tanpa kekangan
berkelana kesana sini tampa memikirkan masalah

tapi aku tak mampu
aku banyak tanggungan
banyak komitmen yang perlu diuruskan
tapi mungkin suatu hari nanti aku mampu jadi seperti burung
bebas kesana sini
jadi burung yang berakal
tidak mudah ditipu dan diseleweng

universiti:jangan buat program syok sendiri

sejak akhir2 ini aku tengok bnyak program2 universiti berbentuk hiburan
program yang gah di mata pelajar dan pentadbiran universiti
tetapi pengisian program kosong
boleh dikatakan program syok sendiri
semasa hari program meriah dengan kehadiran orang ramai
tetapi apa yang didapati hanyalah letih
jika difikirkan eloklah program2 sebegini tidak didakan
peruntukan untuk program2 itu diberikan kepada golongan yang tak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran

pendidikan

kita sebenarnya seang diajar berjual beli pendidikan
jika suatu ketika dahulu pendidikan diberi dan diterima secara percuma
namun sekarang hal ini sebaliknya
pendidikan dijadikan bahan dagangan
yang berduit boleh meneruskan pelajaran hingga ke peringkat yang tinggi
namun bagi yang tak berduit atau dengan kata lain golongan miskin bagaimana pula..?
adakah sememnagnya mereka sudah ditetapkan untuk berenti belajar
ataupun sememang mereka akan selamanya menjadi alat penindasan golongan bawahan
aku tak mampu menjawab..
tapi jika kita yang tidak selesaikan kepada siapa pula kita hendak adukan perkara sebegini...
semakin hari semakin takut untuk meneruskan pembelajaran
bukan kerana susah belajar
tetapi bebanan hutang yang terpaksa ditanggung selepas majlis konvokasyen....

Gaji bulanan saya habis untuk membeli pendidikan!
Lalu kapan saya bisa untuk membeli mas kawin dan seperangkat alat sholat?,
sajakhari.wordpress.com

nampaknya kita sememngnya diasuh supaya menjadi mesen untuk bekerja sehingga mati...

Thursday, July 5, 2012

indonesia

aku pun tak tahu kenapa sejak akhir2 ni aku berminat dengan indonesia
rasa macam terpangil2 untuk kesana
aku rasa macam ada sesuatu yang tertinggal
tak pastilah sama ada barang atau perasaan yang tertinggal di sana

insyallah kalau berpeluang indonesia akan jadi tempat untuk aku sambung pengajian
samaada master atau PHd

mungkin suasana di sana menyebabkan aku tertarik untuk ke sana lagi
jadi kena dah boleh mula kumpul duit lah dari sekarang....

seorang ayah di kuala lumpur

tengah bekerja
datang seorang pakcik membeli dua bungkus keropok

pakcik: beli untuk anak-anak
aku :owh!!
pakcik:biasalah saya balik lewat malam, mak diorang pun balik lewat beli lah benda sikit nak hiburkan diorang
aku:anak2 pakcik tngal dengan pengasuh ke?
pakcik: tak lah, dengan nenek diorang
aku : hrmmm

selepas pakcik tu keluar aku baru terfikir, itulah kehidupan di Kuala Lumpur
kota yang kita banggakan
bekerja semata2 untuk makan, minum ,rumah , pakaian dah beberapa perkara yang lain
hidup bagaikan keretapi yang berjalan
lambat sikit kita akan tertinggal,tertindas dan diperkotak katikkan

Kuala Lumpur bukan tempat aku, bila aku dah dapat apa yang aku nak...aku akan ke tempat lain pula...

Wednesday, July 4, 2012

bersawang

kalau  dulu boleh dikatakan tiap2 hari update blog
tapi sekarang tidak lagi
kekangan masa, hambatan masa
semua dah jadi kucar kacir
seang berusaha untuk jadi normal semula
blog semakin berhabuk dan bersawang
sudah banyak terlepas isu2 semasa...

~sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru~
hari yang terlalu kelam kabut
kalau dulu perjalanan seharian dirasakan lambat
tetapi sekarang tidak lagi
bangun awal pagi keluar mencari kerja
malan part time
aduh..bila semua ini nk berakhir
tak sabar nak bekerja tetap

doakan aku ...