Thursday, October 13, 2011

happy bsday to me.......pabila waktu dan umur semakin singkat...aku pasrah...

Tuesday, September 27, 2011

banyak kerja

wargggg....
mingu yang agak sibuk
siang sibuk dengan program di falkulti
sibuk dengan kuliah
sibuk dengan tugasan
malam sibuk dengan kerja
bila aku nak rehat ni
adoiiii...bukan mengelu
cuma sekadar mengadu.....

satu tekad

satu tekad yang memerlukan matlamat...
matlamat dah ada
tekad je belum...
adoii
hari tu dah janji nak turunkan
tapi makin naik lah pulak
macam mana ni
ada sesiapa boleh tolong
eh tapi tolong pe ye, he2

tolonggggggggggggggggggggggggggggggg
aku nak kuruskan badan........he2

Monday, September 19, 2011

dah lama

wahh..dah lama tak tulis entry....dah rasa rindu nak mengarang pulak...permulaan sem yang rileks tapi dengan jadual yang penuh dan padat namun apa yang penting semua yang aku lakukan bukan paksaan dan atas kerelaan aku sendiri...study and keja part time...sekurang2 dah bleh ringankan beban mak bapak aku untuk setahun lagi aku nak bergelar siswa....aku happy ngan hidup aku . aku happy dengan kerja2 aku..

Tuesday, June 21, 2011

jadi cikgu....



praktikal dah nak habis aku pun tengah pening kepala memikirkan apa yang hendak dibuat selepas habis praktikal ni, dan dengan tiba-tipa pagi tadi dapat panggilan daripada cikgu sekolah lama aku dulu






cikgu:salam boleh tolong mengajar tak



aku:insyallah boleh,tapi mengajar apa?



cikgu:apa yang awak boleh ajar



aku:boleh ja mate dengan bm kalau sains boleh lah sikit-sikit tapi kalau BI jangan..he2



cikgu:ok set jumaat ni boleh mula ajar budak-budak upsr






macamtu lah lebih kurang perbualan aku dengan cikgu aku pada pagi tadi, jadi dengan tempoh masa lebih kurang 2 bulan lebih lagi dekat rumah( cuti semester) maka dengan ini aku terpaksa menjadi cikgu tusyen dekat ex sekolah rendah aku dulu.






cikgu yang tak bertauliah, nantikan ajaran sesat dari cikgu ye murid-murid, he2..tak kisahlah sekurang-kurang terisi jugak masa cuti aku dengan perkara-perkara yang berfaedah daripada melangut tak ada kerja di rumah....






ai betul-betul jadi cikgu lah lepas ni..he2.....

laptop buat hal lagi



dah banyak kali baiki rasanya my lappy dah benar-benar nazak



dengan itu aku terpaksa mengambil keputusan dengan berat hatinya



-



-



terpaksa menamatkan perkhidmatan lappy kesayangan aku



-



-



nampaknya dalam tempoh beberapa hari blog aku tak akan di update



sebab aku nak kumpul duit nak beli lappy baru



-



-



harap maklum



("_)






blog aku bukan blog politik



ada apa dengan 9 julai



jom sama-sama kita saksikan



semua rakyat marhein nanti-nantikan



aku bukan sokong pembangkan



aku sokong keamanan



aku sokong keadilan



tak kira siapa yang memperjuangkan



sama-sama kita benteras kebatilan






ingat






9 julai






kita saksikan









ps: aku hanya sokong pejuangan macam pak samad, pejuang bangsa dan bahasa



Sunday, June 19, 2011

tak jadi ke langkawi

perancangan yang dibuat untuk bercuti ke langkawi terpaksa ditunda ke bulan 7, alamak waktu itu aku sudah habis latihan industri aku di pejabat pelajaran daerah baling sik. memang tak ada rezeki aku juga lah nampaknya.

dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan, tapi tak mengapa lah langkawi sudah berkali-kali aku pergi lagipun jimat sikit duit aku untuk bulan ini dengan keadaan ekonomi poket aku yang semakin mengering memang aku bersyukur sangatlah percutian ini dibatalkan.

nak tahu sebab apa percutian ini dibatalkan dan ditunda..?
hal ini adalah disebabkan kem BTN yang kami akan menginap mengalami keretakan dan kami dinasihatkan supaya menangguh program yang akan diadakan di situ.
oleh itu beberapa tempat lagi dihubungi untuk tujuan penginapan tetepi semua tempat penuh oleh itu penganjur mengambil keputusan untuk menunda program yang telah dirancang. aku terima berita ini dengan redho je lah..he2...

selamat tinggal langkawi, dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan....

Saturday, June 18, 2011

jom jaga tepi kain orang

aku ajak jaga tepi kain orang bukan ajak selak kain orang. agak kasar kan. Kenapa aku ajak jaga tepi kaian orang lain kalau orang tua dulu-dulu menegah kita kalau menjaga tepi kain orang lain.

Hal ini disebabkan keadaan dulu dengan keadaan sekarang sngat berbeza. Jika dilihat zaman datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu jiran tetangga sangat rapat dan saling bertegur sapa antara satu sama lain, manakala anak-anak saling dikawal dan diperhati sesama jiran tetangga.

berbalik pula pada zaman sekarang nak bertegur sesama jiran pun kadang-kadang susah bagaimana pula untuk nak menegur anak-anak jiran. kerana apa semua ini berlaku, kerana sikap kita yang dihalang oleh "jangan jaga tepi kain orang" . jiran tetangga dibiarkan tidak bertegur, malahan jika sesuatau yang tidak mnyenangkan berlaku masing-masing hanya membutakan mata malahan hal inilah yang menyebabkan masalah dalam masyarakat berlaku sewenang-wenangnya kerana masing-masing mementingkan diri sendiri.

jadi bagi mengelakkan kepincangan ini dari terus berlaku marilah sama-sama kita menjaga tepi kain orang lain atau dalam kata lain mengambil berat dengan keadaan di sekeliling jangan semua hnya mementingkan diri sendiri.