Tuesday, April 2, 2013


ku seru nama mu 
supaya dapat kutahu mana asal usulmu
supaya dapat kutahu dari mana keturunanmu
katanya kapitan cina,katanya bangali kain,katanya melayu jawa
semua tertanya-tanya
kata sarjana mereka lah pengkajinya
tapi mana jawapannya
yang ada hanyalah pertanyaan dan persoalan tanpa jwapan

bangun,bangun,bangun
ceritamu dalam hikayat belum mampu menyakinkan
hanya sekadar untuk ucapan dan lipur lara harian
tiada yang dapat dibuktikan
membuatkan semua masih tercengang
yang tertanya tiada jawapan 
para sarjana terus berdiam

sekali lagi kuseru
biar masyarakat tahu
melayu ada panglima dahulu 
biar anak muda tahu
panglima ini pernah beradu demi tanah melayu

bangun wahai roh tanpa jasad
supaya dapat kau bertemu dengan anak bangsamu
supaya dapat dicerikatan keperitanmu

keserunamamu
bangun
bangun
bangun wahai HANG TUAH
biar generasi baru tahu akan perjuanganmu

kerana 
kita juga manusia
kita punyai jiwa
kenapa perlu sengketa
untk sesuatu yang tak sempurna

kerana
perjuangan kita sama
cuma sedikit perbezaannya
hingga sampai bermasam muka

kerana
fitrah manusia
menyanggah bermakna terpisah

tuan ,
songkok satu,
habis,

tuan,
kopiah satu,
habis,

oh! rupanya raya dah hampir,
eh! raya,
bukan pilihanraya,

kenapa songkok dan kopiah,
dagangan untuk merayu undi.