Wednesday, April 20, 2011

akhirnya aku dah dewasa

tiba-tiba terfikir satu entry. Sudah hampir bertahun baru sedar yang mana rupa-rupanya aku sudah dewasa. Sukar untuk dinyatakan samaada suka atau sebaliknya. Tapi inilah sesuatu yang merungsingkan hidupku. Tiada apa-apa yang dapat dibanggakan. Sekadar seorang mahasiswa universiti tiada apa apa yang mampu aku katakan. Kalau orang lain bangga dengan gelaran mahasiswa tapi bagi aku rasanya tiada apa-apa.Banyak lagi perkara yang belum dapat dilaksanakan.....Semua masih dalam perancangan...insyaallah dengan tekad dan azam....sebelum aku bergelar mahasiswa aku akaan capai semua impian itu......akan aku buktikan...

lamunan kedai mamak

19 april 2011, lokasi depan kedai mamak bangsar. Mata memandang ke jalan yang mana di atasnya terdapat laluan LRT. Keadaan sudah banyak berubah. Ini dikatakan kemajuan, dimana-mana sahaja kemajuan dicanang. Jika pada suatu ketika dahulu mungkin mustahil didalam fikiran kita melihat pembangunan serancak ini tetapi sekarang segalnya tidak dapat dinafikan lagi. Segalanya sudah terbukti dan segalanya sudah terzahir secara hakiki.

Tiba lamunanku dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan, itu satu lagi harga yang perlu dibayar apabila kita ingin merasai nikmat kemajuan dan pembangunan. Segalanya perlukan kepantasan tiada lagi istilah lambat dalaam zaman serba kemodenan, berbalik kepada bunyi hon kereta, perjalann manusia semuanya hendakkan kepantasan, bunyi hon kenderaan ibarat alunan muzik dijalanan, sedikit kelalaian dan kealpaan kita akan jauh ketinggalan...ini bukan zaman kereta lembu ini zaman F1...perlukan kepantasan dan perlu bijak dalam merebut peluang.....

aku habiskan setin 100plus....capai helmet, dan teruskan ke destinasi yang akan ditujui....

Saturday, April 9, 2011

dia datang lagi.....

Dalam sedar tidak sedar sudah berada di akhir semester. Begitu cepat masa berlalu , bagaikan semalam baru bermula semester. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima. Akirnya dia datang kembali.....Siapakah dia...?

siapakah dia..?















































































































Ya final exam menjelma kembali, menjadi satu fobia kepada golongan mahasiswa, namun segalanya perlu ditempuhi demi merebut sehelai kertas yang makin tidak bermakna buat masa sekarang

kucing oh kucing

Kalau kita melihat kucing bermacam-macam reaksi boleh dilihat ada yang kata comel, ada yang kata montel, ada yang kata busuk , ada yang kata kotor. Apa yang aku kata? Aku golongan yang memandang negatif kepada makhluh Allah ini pada suatu ketika dulu "diulangai, suatu ketika dahulu". Tetapi ekarang aku makin menyukai kucing.

Kenapa?
sebab sekarang baru aku tahu yang kucing itu binatang yang comel...he2

comel kan?