Thursday, February 22, 2018

Penat!!!!

Ramai yang mengadu penat
Penat belajar,penat kerja,penat buat segalanya.
Kalau tidak mahu penat duduk di rumah goyang kaki ,goyang telur.


Kalau semua perlu disuap , apa guna hidup di atas dunia.
Cuma perlu ambil perhatian setiap apa yang kita lakukan adalah pelaburan untuk masa hadapan.
Buat pilihan penat atau gadaikan masa depan.

Wednesday, February 21, 2018

Rezeki

Ada yang mudah
Ada yang susah
Ada sekali cuba terus jadi
Ada yang berkali cuba masih tak jadi
Tapi kena teruskan usaha
Kalau tak terus tak dipeduli.

Dengar cakap orang atau ikut kata hati?

Kalau nak dengar cakap orang sampai bila-bila kita tak akan ke hadapan. Mengimbau kembali kenangan 20 tahun dahulu berkelana ke negeri orang,dari satu negeri kepada negeri yang lain akhirnya terkandas di sebuah pulau hingga hari ini. Rezeki mungkin berpanjangan di sini namun ke depan belum tentu. Selagimana khidmat diperlukan,selagi itulah kita akan teruskan.