Wednesday, December 28, 2011

akhirnya final dah kembali

nak lari dah dekat
nak elak dah betul2 depan mata
rempuh je lah
bersedia atau belum kena hadapi dengan tabah

FINAL EXAM
usaha+doa+tawakkal=KEJAYAAN
INSYALLAH




asyura

orang meraikan hari asyura
kita pn nak juga
orang buat bubur asyura
kita pn nak buat kuga
orang buat bubur menjadi
nasib baik kami pun buat jadi juga
he2
memang dah rungsing takut tak jadi
first time buat
ALHAMDULILLAH
3 kawah habis dimakan smpaikan tak cukup
2 kawah resepi pantai timur dan ! kawah resepi daripada Utara







aku dan soft ball

apabila blogger menunjuk belang dalam sukan..he2
dah lama tak bersukan
tapi tetiba jer rasa nak bersukan balik
ini adalah team soft ball koleg kediaman ke empat Universiti malaya
setelah 16 tahun tidak menghantar wakil akhirnya pasukan kami telah memenangi tempat kedua dalam perlawanan antar kolej2 kediaman UM
perlawanan agak sengit dari pagi sehingga malam
ALHAMDULILLAH dengan kejayaan ini INSYALLAH tahun hadapan Emas pula akan dicapai

Tuesday, December 6, 2011

soft ball

hahaha
sentap kan
setahun sekali bersukan
tahun lepas aku jadi atlet ragbi
tahun ni berubah angin
tahun lepas main bola
tahun ni main bola lembut plak
Soft Ball...lembut ke..?
he2...dah bengkak2 tangan aku...
pape pn tngu 10 haribulan 11 2011
kalah menang akan ditentukan
latihan selama 2 3 mnggu akan ditentukan dalam tempoh sehari sahaja
satu kumpulan akan juara yang lain akan dapat tempat ke 2, ke 3 dan yang ke seterusnya....



Sunday, December 4, 2011

bermulah pkerjaan ku sebagai....

aha...part time baru...kerja katering
nak tambah pendapatan
keja pukul 5 petang smpai 11 malam dengan bayaran rm40
ok lah kan dari duduk saja
lepak2 kat bilik
layan FB
dapat gak duit kan...
keja2 jugak tapi study jangan tinggal...he2...><

Thursday, December 1, 2011

tanggungjawab


ramai orang tertanya-tanya terutama rakan-rakan

eh kenapa kau kuat sangat kerja

sukar untuk aku bagi jawapan

tapi cukuplah dengan aku menjawab

dah smpai masanya aku tanggung bebanan

cukuplah sekadar itu jawapan dari aku

harap semua orang faham



Wednesday, November 30, 2011

kata-kata hikmah


"Aku mampu berhujah dgn 10 org yg brilmu, tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana orang yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" - Imam Syafie



Tuesday, November 29, 2011

36 hari lagi
bukan masa yang panjang
final exam
argggg......
mula study dari sekarang..><

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah


tahun demi tahun berlalu pergi
masa makin kurang
umur makin bertambah
azam bertukar setiap tahun
yang lepas belum tertunai
bertambah azam yang baru...?

walau apa pun ingin kuucapkan selamat tahun baru hijrah...
semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas.....

Sunday, November 20, 2011

letih+penat+mengantuk

kehidupan pelajar yang semakin terasa bebanan. Pelbagai perkara dilakukan dalam satu-satu masa. Kuliah +tutorial+asemen+kerja bla,bla,bla....semuanya membuatkan aku semakin kepenatan dah lumrah kehidupan umur semakin meningkat bebanan semakin besar....



Monday, November 14, 2011

jom tutup aurat

ok, walaupun blog aku bukan kategori blog dakwah tapi aku nak buat juga kempen ni.
he2
kalau bulan bahasa ada kempen
hari kemerdekaan ada kempen
kalau bab kesihatan ada kempen

apa salahnya kita geng-geng bloger buat kempen ni kan

jom kita hiasi blog2 kita degan logo ini

JOM TUTUP AURAT

blog yang semakin semak

dah lama x buka, tetiba hari ni rasa nak menjenguk balik blog kerana melihat rakan-rakan begitu ghairah mengupdate blog-blog mereka, idea ada tapi sukar nak dizahirkan, kesibukkan yang terlalu pantas mengejar kadangkala aku sendiri ke depan namun kadangkala kesibukkan yang terkehadapan daripadaku, banyak idea-idea telah dicoretkan di atas kertas cuma menunggu masa untuk di taip dan dimasukkan ke dalam blog....

Tunggu............

Thursday, October 13, 2011

happy bsday to me.......pabila waktu dan umur semakin singkat...aku pasrah...

Tuesday, September 27, 2011

banyak kerja

wargggg....
mingu yang agak sibuk
siang sibuk dengan program di falkulti
sibuk dengan kuliah
sibuk dengan tugasan
malam sibuk dengan kerja
bila aku nak rehat ni
adoiiii...bukan mengelu
cuma sekadar mengadu.....

satu tekad

satu tekad yang memerlukan matlamat...
matlamat dah ada
tekad je belum...
adoii
hari tu dah janji nak turunkan
tapi makin naik lah pulak
macam mana ni
ada sesiapa boleh tolong
eh tapi tolong pe ye, he2

tolonggggggggggggggggggggggggggggggg
aku nak kuruskan badan........he2

Monday, September 19, 2011

dah lama

wahh..dah lama tak tulis entry....dah rasa rindu nak mengarang pulak...permulaan sem yang rileks tapi dengan jadual yang penuh dan padat namun apa yang penting semua yang aku lakukan bukan paksaan dan atas kerelaan aku sendiri...study and keja part time...sekurang2 dah bleh ringankan beban mak bapak aku untuk setahun lagi aku nak bergelar siswa....aku happy ngan hidup aku . aku happy dengan kerja2 aku..

Tuesday, June 21, 2011

jadi cikgu....



praktikal dah nak habis aku pun tengah pening kepala memikirkan apa yang hendak dibuat selepas habis praktikal ni, dan dengan tiba-tipa pagi tadi dapat panggilan daripada cikgu sekolah lama aku dulu






cikgu:salam boleh tolong mengajar tak



aku:insyallah boleh,tapi mengajar apa?



cikgu:apa yang awak boleh ajar



aku:boleh ja mate dengan bm kalau sains boleh lah sikit-sikit tapi kalau BI jangan..he2



cikgu:ok set jumaat ni boleh mula ajar budak-budak upsr






macamtu lah lebih kurang perbualan aku dengan cikgu aku pada pagi tadi, jadi dengan tempoh masa lebih kurang 2 bulan lebih lagi dekat rumah( cuti semester) maka dengan ini aku terpaksa menjadi cikgu tusyen dekat ex sekolah rendah aku dulu.






cikgu yang tak bertauliah, nantikan ajaran sesat dari cikgu ye murid-murid, he2..tak kisahlah sekurang-kurang terisi jugak masa cuti aku dengan perkara-perkara yang berfaedah daripada melangut tak ada kerja di rumah....






ai betul-betul jadi cikgu lah lepas ni..he2.....

laptop buat hal lagi



dah banyak kali baiki rasanya my lappy dah benar-benar nazak



dengan itu aku terpaksa mengambil keputusan dengan berat hatinya



-



-



terpaksa menamatkan perkhidmatan lappy kesayangan aku



-



-



nampaknya dalam tempoh beberapa hari blog aku tak akan di update



sebab aku nak kumpul duit nak beli lappy baru



-



-



harap maklum



("_)






blog aku bukan blog politik



ada apa dengan 9 julai



jom sama-sama kita saksikan



semua rakyat marhein nanti-nantikan



aku bukan sokong pembangkan



aku sokong keamanan



aku sokong keadilan



tak kira siapa yang memperjuangkan



sama-sama kita benteras kebatilan






ingat






9 julai






kita saksikan









ps: aku hanya sokong pejuangan macam pak samad, pejuang bangsa dan bahasa



Sunday, June 19, 2011

tak jadi ke langkawi

perancangan yang dibuat untuk bercuti ke langkawi terpaksa ditunda ke bulan 7, alamak waktu itu aku sudah habis latihan industri aku di pejabat pelajaran daerah baling sik. memang tak ada rezeki aku juga lah nampaknya.

dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan, tapi tak mengapa lah langkawi sudah berkali-kali aku pergi lagipun jimat sikit duit aku untuk bulan ini dengan keadaan ekonomi poket aku yang semakin mengering memang aku bersyukur sangatlah percutian ini dibatalkan.

nak tahu sebab apa percutian ini dibatalkan dan ditunda..?
hal ini adalah disebabkan kem BTN yang kami akan menginap mengalami keretakan dan kami dinasihatkan supaya menangguh program yang akan diadakan di situ.
oleh itu beberapa tempat lagi dihubungi untuk tujuan penginapan tetepi semua tempat penuh oleh itu penganjur mengambil keputusan untuk menunda program yang telah dirancang. aku terima berita ini dengan redho je lah..he2...

selamat tinggal langkawi, dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan....

Saturday, June 18, 2011

jom jaga tepi kain orang

aku ajak jaga tepi kain orang bukan ajak selak kain orang. agak kasar kan. Kenapa aku ajak jaga tepi kaian orang lain kalau orang tua dulu-dulu menegah kita kalau menjaga tepi kain orang lain.

Hal ini disebabkan keadaan dulu dengan keadaan sekarang sngat berbeza. Jika dilihat zaman datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu jiran tetangga sangat rapat dan saling bertegur sapa antara satu sama lain, manakala anak-anak saling dikawal dan diperhati sesama jiran tetangga.

berbalik pula pada zaman sekarang nak bertegur sesama jiran pun kadang-kadang susah bagaimana pula untuk nak menegur anak-anak jiran. kerana apa semua ini berlaku, kerana sikap kita yang dihalang oleh "jangan jaga tepi kain orang" . jiran tetangga dibiarkan tidak bertegur, malahan jika sesuatau yang tidak mnyenangkan berlaku masing-masing hanya membutakan mata malahan hal inilah yang menyebabkan masalah dalam masyarakat berlaku sewenang-wenangnya kerana masing-masing mementingkan diri sendiri.

jadi bagi mengelakkan kepincangan ini dari terus berlaku marilah sama-sama kita menjaga tepi kain orang lain atau dalam kata lain mengambil berat dengan keadaan di sekeliling jangan semua hnya mementingkan diri sendiri.

Wednesday, June 15, 2011

MLM part II(end)


Ok kita smbung lagi bab MLM, kenapa orang suka join MLM terutama golongan pelajar dan boleh dikatakan kebnyakkan yang join MLM ni budak-budak U, yakni golongan yang terpelajar. Pelik kan kenapa golongan yang terpelajar yang selalu kena tipu ye dan kebanyakkan yang menipu bukan lah dari golongan yang terpelajar pun.

Kenapa orang suka MLM, kerana nak cepat KAYA. Mana ada jalan mudah nak kaya. Tak kanlah labur dua tiga ratus lepastu goyang kaki, mana boleh kaya kalau begitu dalam tak sedar kita dah kena tipu.

Sekarang senang cerita usahalah sendiri kalau nak senang, duit 2 3 ratus yang korang laburkan kepada MLM baik korang buat berniaga ada gak untung. So pandai-pandailah fikir, jangan korang ingat aku tulis entry ni sebab aku nak jadi adib muadib pula, dia dah otai...aku baru nak belajar..he2

Tuesday, June 14, 2011

your voice is very beautiful

ini nak cerita sikit tentang sorang sepupu aku yang agak gila-gila...he2...(kalau dia baca memang aku kena kutuk balik lah dalam blog dia)..

sepupu aku ni belajar kat tempat pak-pak arab @ Mesir. dia ambik medic kat sana nak jadi Dr katanya, tapi tak tahulah..he2...satu lagi sebelum terlupa sepupu aku nih perempuan... sekali satu pagi nak lepaskan tension gamaknya dia melalak lah kat ruang tamu rumahnya, sekali tengah berangan nak jadi Yuna, dalam tak sedar nyanyiannya yang agak merdu itu didengari oleh jiran kat sebelah rumah dan pada pagi itu juga dapatlah sehelai surat yang dimasukkan ke bawah pntu rumahnya

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


dengan kehadiran surat itu dia menjadi konfius adakah suaranya betul-betul seperti yang ditulis di dalam surat itu ataupun sebaliknya....

mintak-mintaklah ko tak baca blog aku cik khaleela Anis hahahahahaha(nama dan gambar terpaksa dirahsiakan disebabkan hal-hal keselamatan aku bukan keselamatan dia.....he2..)

pulut kuning


satu istilah dan makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu. kenapa pulut kuning begitu dikenali dalam masyarakat melayu, hal ini kerana pulut kuni dipercayai dikaitkan denagn semangat. Jika dilihat masyarakay dahulu kebanyakkan menggunakan pulut kuning dalan aktiviti perbomohan. Pulut kuning ini juga disediakan jika sesuatu tempat itu mengadakan majlis-majlis keraian.

kenapa aku tulis tentang perihal pulut kuning. begini kisahnya kalau zaman dahulu anak-anak yang akan dihantar berguru kepada seseorang guru untuk menuntut ilmu, ibu bapa mereka akan menyerahkan anak mereka kepada guru itu bersama-sama dengan hidangan pulut kuning..kononnya sebagai semangat kepada anak-anak mereka untuk belajar atau berguru kepada seseorang guru itu. semasa penyerahan itu ibu bapa akan berpesan kepada guru tersebut supaya mengajar anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna dan guru juga boleh memeukul jika anak mereka melakukan kesalahan, tapi pukulan itu janganlah sampai mencederakan anak-anak mereka cuma sekadar untuk mengajar anak-anak mereka supaya tidak mengulangi lagi kesalahn yang mereka lakukan.

jika dilihat bagaimana ibu bapa zaman dahulu mnyerahkan anak-anak mereka untuk menuntut ilmu, dan bagaimana pula halnya sekarang...?

anak-anak terlalu dimanjakan oleh ibu bapa, kadangkala kalau anak-anak dipukul oleh guru-guru disekolah ibu bapa akan menyerang balas, guru memukul kerana mengajar , kalau guru tak dibenarkan untuk memukul pelajar murid-murid akan naik kepala, bukanlah saya nak menyokong hukuman rotan kepada murid-murid tetapi ada kala dalam sesuatu situasi perlu juga digunakan kaedah pukul bagi mengubah atau mengajar pelajar-pelajar yang nakal.

ok, berbalik kepada pulut kuning tadi bagaimana kalau situasi itu diaplikasi di zaman yang serba moden ini, agak-agak relevan atau tidak.

Rindukan Semangat Pulut Kuning...he2



promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sini http://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sinihttp://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sinihttp://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

Monday, June 13, 2011

~akhirnya nelayan tak kan ke laut lagi~

bagaimana jika semua nelayan di dunia ini boikot dan tidah mahu ke laut lagi. Baru segelintir nelayan di malaysia memboikot tak mahu turun ke laut dengan serta merta harga ikan-ikan di malaysia telah melambung naik, itu hanya segelintir bagaimana pula kalau semua nelayan boikot tak nak turun ke laut lagi.

kenapa masalah ini terjadi, ini disebakan harga minyak naik dan kerajaan mengurangkan subsidi (ops... dah masuk bab politik lah pulak, alah tak kisah)....bukan aku nak kondem atau komen kerajaan. Cuba bayangkan sejak dari dulu smpai sekarang nelayan dah lah hidup dalam kesusahan walaupun dibiayai berjuta-juta ringgit dari duit subsidi kerajaan(kononnyalah) tapi masih ramai lagi nelayan-nelayan yang miskin...dan sekarang dengan harga barang minyak yang mahal dan subsidi ditarik bagaimana nelayan-nelayan nak hidup, bagaimana mereka hendak membiayai perbelanjaan harian mereka .

sudahlah harga minyak dinaikkan, nelayan-nelayan pula diugut supaya tidak menaikkan harga ikan-ikan mereka. Kadang-kadang aku pelik juga melihat fenomena ini orang yang memimpin tak dapat nak fikr masalah rakyat yang dipimpin mereka bagaikan orang yang tidak pernah hidup susah. tapi mungkin beginilah kalau orang yang tak sedar diri kan. bila dah senang sikit lupa orang kat bawah, sebenarnya aku malas nak tulis hal-hal yang bersangkut paut dengan politik ni tapi keadaan memaksa.....so korang semua kena baca lah bebelan aku ni..he2.....

no title

Sunday, June 12, 2011

MLM punya pasal PART I


dari dulu lagi sampai sekarang aku cukup tak suka MLM bukan sebab dah penah terkena tapi sebab aku dah tengok ramai kawan-kawan aku merana disebabkan MLM ni. Memang lah jadi kaya kalau join benda-benda macamni tapi masalahnya banyak benda korang kena buat, kalau setakat masuk goyang kaki sampai bila-bila pun korang tak akan kaya tapi bertambah kayap lagi lah.

aku masih ingat semasa aku di negeri pantai timur dahulu, ramai rakan-rakan aku join MLM, ramai juga yang memujuk aku supaya menyertai mereka, tapi aku tak pernah makan pujukan, sewaktu itu aku masih bersekolah dan masih mengharapkan duit dari ayah aku jadi aku sememangnya tidak berminat langsung dengan MLM.

sebab apa aku kata kalau join MLM ni susah...sebab kita kena tipu orang....diulangi sebab kita kena tipu orang...sebab itulah aku tak sanggup nak join MLM.....malahan ada MLM yang menggunakan unsur-unsur agama bagi menarik minat orang ramai menyertai MLM, kalau keadaan ini tidak dikawal makin ramai lah orang akan diperbodohkan

Cuba kita fikir kalau ramai yang join mlm ni kaya, mesti dah ramai jutawan-jutawan di malaysia ni kan, tapi masalahnya apa yang kita dapat lihat kalau join MLM ni orang-orang atas sahaj ayang kaya raya, apa yang jadi kepada anak-anak buat dibawah....tak kan yang itu pun tak dapat difikirkan...tuhan anugerahkan otak suruh fikir...jadi kalau nak buat apa-apa fikirkanlah dulu jangn menyesal di kemudia hari...



nak bercuti di mana lagi ya....?

kemana lagi aku nak pergi, semua negeri dalam malaysia aku dah pergi...he2..bukan nak riak tapi memang jadi impian aku untuk jalan-jalan ke seluruh negeri di tanah air aku ini...fikir punya fikir aku dapat idea, aku nak kumpul duit nak pergi UMRAH......he2.....jom ada sesiapa yang nak ikut tak.....tapi RM5000 mana aku nak cari, keja pun tidak, belajar pun hanya mengharapkan duit biasiswa sahaja..tapi insyallah kalau ada rezeki aku akan pergi....benda baik ni kalau nak selalunya kita akan dapat kan.....cuma tanamkan tekad dan usaha insyallah akan dapat.......
LEPASNI AKAN NAK TUKAR TITLE CIKGU JADI HAI PULA....HAJI ABBAM..HE2

aduhai.....masjid...

semua pakat belumba-lumba nak buna masjid, konon-kononnya nak tambah pahala, tapi yang masalahnya pakat nak bina masjid sahaja tapi tak pernah pula pakat-pakat nak berlumba-lumba nak tambah amal ibadat. Kalau nak tengok zaman sekarang banyak masjid-masjid yang dibina sngat mewah dan sangat besar tapi kat dalannya kosong lebih bnyak masjid pula dari jemaah dan lebih angka bil-bil bulanan daripada bilangan jumlah jemaah kat masjid...membebel banyak-banyak pun tak guna jom kita tengok beberapa buat masjid yang boleh dikatakan mewah di negara kita tapi tak berapa nak mewah dengan jemaah.....(kalau hari jumaat memang melimpah ruah lah jemaah)




Wednesday, June 8, 2011

trip to langkawi


tengah-tengah sibuk buat keja tiba-tiba keranai dari bahagian pentadbiran datang

kerani: "eh hang nak p langkawi tak"

aku: "bila,masa mana, kena bayanq ke tak"

kerani:"semua ditanggung, eh awek praktikel kat atas pun pergi jugak"

aku: "ok,masukkan nama saya sekali ye akak, "dengan muka penuh senyuman

yahooooooooooo....langkawi lah pula....tak sia-sia aku praktikel, dapat juga pergi holday ke langkawi.....


ops......sensors...


jejalan berblogwalking tetiba....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terjumpa
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
satu artikel tentang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau Tidak



jom terjah aku malas nak cakap banyak
malas nak taip panjang2
dan malas nak copy n paste kat blog aku
cuma klik kat sini je dan baca......
Buat perempuan berhati-hatilah dan buat lelaki baca dan familah.........



nak kongsi kegembiraan....

menerima perkhabaran gembira

pertama keputusan final exam yang mencapai target

kedua tempoh praktikel dipendekkan

seharian membuatkan aku tersenyum gembira

alhamdulillah syukur kepada tuhan





berita gembira

praktikel dipendekkan tempoh....
rasa nak bersorak..
rasa nak melaompat...

memng terbaik....
dapatlah isi poket dengan baki sisa2 cuti yang masih ada...

aku dah bosan kat pejabat.....sekian....

Wednesday, June 1, 2011

menghabiskan hari-hari terakhir praktikel....

orang kerja aku kira update blog je...he2..tak kisah lah janji dapat menghilankan rasa boring dalam diri aku, tapi ok gak, aku akalau boring blog lah jadi tempat menghilangkan boring, kira macam kawan karib lah, bosan......yup itulah istilah yang aku dapat ungkapkan dari mula praktikel hingga sekarang...tak ada satu pun kerja yang best..hahaha...nasib baik lah kau boleh on9 kalau tidak mati kutu lah aku di pejabat nih.......lat top pnyelamat ketika bosan ni...hahaha........update2........nak on9 Fb tak boleh.....so merapu saja lah dekat dalam blog nih...

Monday, May 9, 2011

update tengah malam

seharian bergelumang nota , sampai tidak sempa menulis entry untuk hari ini.
esok exam wish good luck for me....hahahahaha

Sunday, May 8, 2011

korang nak tau lebih lanjut pasal nuffnang ...?

malam -malam gini keja aku merayau kat blog-blog orang je. tengok kat tajuk macam aku nak ajar korang tentang nuffnang je kan. Sebenarnya aku pun x berapa mahir lagi dalam bab-bab pengiklanan ni, cuma malam ni aku ada jumpa satu blog nih yang mana membuatkan aku mudah untuk memahami kaedah pengiklanan dan aku rasa korang pun akan mudah untuk memahami juga kaedah-kaedah pengiklanan dari nuffnang. Jom pakat-pakat terjah blog ini [link]

Cuti hari minggu yang bosan

SElamat hari ibu. bagi yang sambut. Aku...? . Tido lah jawabnya. Orang lain sibuk2 nak sambut aku terbongkang tido seharian. Nak buat macammana anak perantauan...hahahaha
Bukan apa nak qadho balik tido2 aku yang lepas dah lama tak tido sepuas ini dan malam ini memang aku jadi burung hantu lah. Lepas ni dah cuti , dah tak boleh nak tido puas-puas sebab aku kena keja. Jadi kuli orang tanpa gaji selama 2 bulan setengah atau dengan kata lain kena buat latihan industri. Gila kan jadi kuli 2 bulan lebih tak bergaji, tapi nak buat macam mana terima saja lah, kata prof aku nak cari pengalaman, aku pun yer lah prof...a/h lupa Macam mana pula dengan hari minggu korang, happy, sad, miss someone or bla,bla,bla.....

Saturday, May 7, 2011

semua pasal hari ibu

malam nih semua pakat post tentang hari ibu didalam wall masing. Tiada apa-apa yang mampu aku ucapkan untuk ibuku kerana hari-hari adalah hari ibu buatku. Lapan tahun hidup sendirian sudah benar-benar mengajar aku tentang rasa kerinduan yang sngat mendalam kepada ibu dan juga bapaku. Lapan tahun bukan satu tempoh yang singkat namun segalanya aku hadapi dengan tabah sebagai untuk menjadi tauladan kepada adik-adik yang sedang membesar dan baru belajar mengenal dunia..Walaupun aku berjauhan dengan ibu namun aku selalu menasihati adik2 supaya menghormati ibu dan sentiasa mentaati setiap suruhan ibu..semoga kita semua sentiasa menghargai jasa2 ibu....SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU2 DAN JUGA YANG BAKAL MENJADI IBU......

jom Buat bLog

Jom sama-sma berkarya. Zahirkan kekreatifan anda dalam blog, Daripada merepek yang bukan-bukan di dalam FB, bukak pekung didada, gebang tentang rumahtanga, cerita tentang hal dalam selimut lebih baik kita sma-sama berblogging.

Tak pandai nak buat blog?
Disini aku sediakan tutorial untuk membuat blog, cuba lihat dan fahami untuk beberapa minit dan mulakan langkah pertama anda.

Friday, May 6, 2011

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu atau yang bakal menjadi ibu. Buat ibuku doakan anakmu ini berjaya dalam semua hal samaada di dunia ataupun di akhirat .Anakmu ini juga selalu mendoakan dirimu . Maaf kerana tiada smbutan yang dapat diraikan kerana anak mu ini tidak pernah berada di rumah ketika sambutan hari ibu. Sudah 8 tahun anakmu ini merantau untuk mencari identiti dan mengenal dunia. Insyallah dengan doa dan dorongan dari ibu anakmu ini akan terus bersemangat untuk meneruskan hidup ini. sekali lagi diucapkan SELAMAT HARI IBU.....

~ada apa dengan 4 bulan cuti~

4bulan atau 16 minggu atau bersamaan 112 hari

Cuti semester datang lagi, ramai yang sudah rancang dengan pelbagai aktiviti, namun bagi aku cuti atau tidak cuti semuanya sama sahaja.

Cuti 4 bulan jadual aku sudah penuh. full stop. tidak perlu kata apa-apa lagi....

~target 75kg kepada 65kg~

berat semakin bertambah, mungkin disebabkan makan dan minum yang sangat-sangat cukup dan kadang-kadang berlebihan. Jadi dengan ini aku mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan aku yang sudah semakin bertambah-tambah ini.

Ini target aku 75kg kepada 65kg dalam masa 4 bulan. Memang perkara ini agak sukar tetapi aku akan mencuba sedaya upaya..he2...kalau boleh aku tidak mahu mengambil masa yang lama yang mana sehinggakan 4bulan, cukuplah setakat 1 atau 2 bulan, walau apa pun aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengurangkan berat badan seminimum mungkin...jadi buat rakan-rakan blogger sama-sama doakan aku he2......

Cuti 4 bulan di rumah...mampukah aku...he2....

~tiub lawak sudah tidak lawak~

Bercakap pasal undi, semalam aku telah menyiapkan satu entry tentang untuk apa kita mengundi. tiba-tiba malam ini aku terbaca sesuatu entry dalam blog tiub lawak. Adakah tiub lawak sudah habis idea untuk melawak. Selalunya kalau aku bukak blok tiub lawak semestinya aku akan tertawa walaupun kadangkala ada sedikit perasaan iri hati...he2....Ok kenapa aku cakap tiub lawak sudah tidak lawak. Bukan itu sebenar maksudku.

Jom sama-sama kita lihat petikan yang aku copy dari tiub lawak
aku tergerak hati untuk menulis ini kerana ada komen kurang sedap dibaca di video pelajar universiti melakukan demontrasi menyerahkan memorandum di pejabat perdana menteri.. ada yang mengatakan "budak sekarang ni teruk, mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar tapi diorang demonstrasi.. apa nak jadi?" kah kah kah.. bagi aku, komen ini adalah super bodoh kerana tun mahathir dan anwar ibrahim pun pernah mengepalai demonstrasi ketika zaman muda mereka..

Eh, sejak bila tiub lawak tulis pasal entry serius nih, tambahan pula satu isu yang agak panas sekarang ini. Tapi walau apapun aku ucap tahniah kerana tiub lawak sudah berani untuk membincangkan menganai isu mahasiswa, tak rugi kalau aku sentiasa mengikuti blog tiub lawak sekurang-kurangnya aku boleh mengetahui mengenai fenomena mengenai mahasiswa dan mahasiswi sekarag.

Jom baca entry penuh dalam tiublawak[link]

Thursday, May 5, 2011

untuk apa kita mengundi..........?

kadang-katang aku terfikir untuk apa kita mengundi, kalau dari dahulu sehingga sekarang keadaan tidak pernah berubah, pengundi bagaikan boneka, manakala pemimpim bagaikan tuan yang memegang tali untuk menggerakkan boneka. yang mana kita lihat pada zaman sekarang pemimpin makin mengila dengan kekayaan manakala rakyat makin merana dengan kemiskinan khususnya golongan pemimpin. Dalam hal ini aku bukan nak menyokong mana-mana pihak samaada pihak pemerintah atau pihak pembangkang namun keadaan semuanya sama sahaja. Kadang kala aku rasakan tidak berbaloi untuk mesedekahkan satu undi untuk golongan-golongan ini yang mana mereka tidak pernah sedar bahawa mereka menjadi senang atas simpati sedekah rakyat marhein kepada mereka dalam setiap kali pilihan raya diadakan.

Guna apa mengundi ?Guna apa semuanya?Untuk mengangkat naik jadi besar? untuk meletakkan taraf hidup segolongan kecil manusia pada gaji yang beribu2 ringgit sebulan?

Angin Timur Laut halaman 34

namun jika difikirkan kembali ianya adalah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan, perkara ini juga tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak khususnya orang islam, namun perlu diingati bahawa jika ada 2 0rang pemimpin dah keadaan kedua-dunya agak sama maka pilihlah yang paling sikit mudhoratnya, kerana tanggung jawab memilih pemimpin sememngnya terletak di tangan kita.

Haddathana Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Abu Karib, mereka berkata; haddathana Abu Muawiyah dari al-A’masy dari Abi Soleh dari Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
antara salah satunya yang bermaksud:

Orang yang membai‘ah pemimpin (mengundi dan melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Andai pemimpin yang dipilihnya itu memberikan balasan (habuan), maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak (tidak ditunaikan) dia akan menolak.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih).

jadi tepuklah dada tanya selera yang manakah pilihan kita semua...selamat mengundi

pengakhiran sebuah penantian.

kini kusedar
segalanya hanya angan-angan
tidak perlu lagi aku teruskan
namun ku bersyukur kerna diberi peluang untuk menumpang

hati sedih bila mengenangkan
namun apa kan daya tidak kuat untuk ku menahan
juga tidak kuat untuk ku melawan
walaupun hati sudah tertawan
biarlah semuanya menjadi kenangan

kalau tembok menjadi penghalang
ingin ku seru angin untuk menyampaikan
namun segalanya sudah menjadi usang
biarlah segalanya ditelan
walaupun ku tahu pahit yang akan mendatang

Wednesday, April 20, 2011

akhirnya aku dah dewasa

tiba-tiba terfikir satu entry. Sudah hampir bertahun baru sedar yang mana rupa-rupanya aku sudah dewasa. Sukar untuk dinyatakan samaada suka atau sebaliknya. Tapi inilah sesuatu yang merungsingkan hidupku. Tiada apa-apa yang dapat dibanggakan. Sekadar seorang mahasiswa universiti tiada apa apa yang mampu aku katakan. Kalau orang lain bangga dengan gelaran mahasiswa tapi bagi aku rasanya tiada apa-apa.Banyak lagi perkara yang belum dapat dilaksanakan.....Semua masih dalam perancangan...insyaallah dengan tekad dan azam....sebelum aku bergelar mahasiswa aku akaan capai semua impian itu......akan aku buktikan...

lamunan kedai mamak

19 april 2011, lokasi depan kedai mamak bangsar. Mata memandang ke jalan yang mana di atasnya terdapat laluan LRT. Keadaan sudah banyak berubah. Ini dikatakan kemajuan, dimana-mana sahaja kemajuan dicanang. Jika pada suatu ketika dahulu mungkin mustahil didalam fikiran kita melihat pembangunan serancak ini tetapi sekarang segalnya tidak dapat dinafikan lagi. Segalanya sudah terbukti dan segalanya sudah terzahir secara hakiki.

Tiba lamunanku dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan, itu satu lagi harga yang perlu dibayar apabila kita ingin merasai nikmat kemajuan dan pembangunan. Segalanya perlukan kepantasan tiada lagi istilah lambat dalaam zaman serba kemodenan, berbalik kepada bunyi hon kereta, perjalann manusia semuanya hendakkan kepantasan, bunyi hon kenderaan ibarat alunan muzik dijalanan, sedikit kelalaian dan kealpaan kita akan jauh ketinggalan...ini bukan zaman kereta lembu ini zaman F1...perlukan kepantasan dan perlu bijak dalam merebut peluang.....

aku habiskan setin 100plus....capai helmet, dan teruskan ke destinasi yang akan ditujui....

Saturday, April 9, 2011

dia datang lagi.....

Dalam sedar tidak sedar sudah berada di akhir semester. Begitu cepat masa berlalu , bagaikan semalam baru bermula semester. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima. Akirnya dia datang kembali.....Siapakah dia...?

siapakah dia..?















































































































Ya final exam menjelma kembali, menjadi satu fobia kepada golongan mahasiswa, namun segalanya perlu ditempuhi demi merebut sehelai kertas yang makin tidak bermakna buat masa sekarang

kucing oh kucing

Kalau kita melihat kucing bermacam-macam reaksi boleh dilihat ada yang kata comel, ada yang kata montel, ada yang kata busuk , ada yang kata kotor. Apa yang aku kata? Aku golongan yang memandang negatif kepada makhluh Allah ini pada suatu ketika dulu "diulangai, suatu ketika dahulu". Tetapi ekarang aku makin menyukai kucing.

Kenapa?
sebab sekarang baru aku tahu yang kucing itu binatang yang comel...he2

comel kan?




Sunday, March 27, 2011

ini hanya satu pandangan

mengelopakkan senyum’, terbayang keindahan senyuman seorang muslimah sejati yang tentunya sesuai dengan perkaitan mereka dengan sekuntum bunga yang mekar. SALJU SAKINAH, ZAID AKHTAR..
sering bermain di fikiran pabila kuulangi membaca petikan ini, kisah mengenai kegigihan seorang wanita muslin yang begitu gigih menyelesaikan isu2 dalam masyarakat. Bagaimana pula dengan lelaki mampukan lakaukan semua perkara itu dalam realiti kehidupan seharian.

Thursday, March 17, 2011

kembali lagi

Kembali untuk menulis dan terus menulis. Biarpun tiada sesiapa yang mahu membaca aku akan terus menulis kerana semakin banyaka kisah yang perlu aku tulis, ingin kutekankan di disini bahawa kisahku tidak akan habis sampai bila-bila hinggalah nyawa ini terpisah dari badan. Bukan mengharapkan simpati dalam setiapa hasil penulisan tetapi hanya mencari sedikit ruang untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Bukan semua benda orang akan dengar kalau bercakap secara berdepan lebih baik segalanya ditulis dan dicatat supaya suatu ketika ianya dapat dikenang. Sudah lama aku tidak menulis, terasa sedikit kekok apabila jejari menekan papan kekunci untuk menaip setiap perkataan tetapi aku akan terus menulis walaupun dalam kekeringan idea. Kerana aku dapat rasakan hanya di sini tempat untuk kita terus bercerita tampa membuat orang lain rasa bosan....

Monday, February 14, 2011

happy velentine vs mauldurasul



ada apa dengan kedua-dua sambutan di atas. Apa yang pastinya kedua-duanya akan memberikan hasil kepada makhluk yang bergelar manusia. Kita bercakap mengenai maulidurrasul dahulu, satu sambutan yang semakin terpinggir dan dilupakan oleh umat islam khususnya ORANG MELAYU yang dalam icnya ada perkataan ISLAM. Jikan difikirkan pengorbanan seorang nabi kepada umatnya tidak berbalon jika kita hanya mengingati baginda sahaja namun sesuatu perkara yang sekecil ini pun masih tidak mampu dilakukan oleh seorang pengikut baginda sedangkan sebelum baginda nabi wafat, baginda menangis kerana risau dengan keadaan umatnya...tapi hal ini bertepatanlah denagan kata-kata TUN MAHADHIR "MELAYU MUDAH LUPA".

itu hal mengenai Maulidurrasul bagaimana pula dengan valentine day, adakah akan memberikan hasil juga kepada manusia, khususnya ORANG MELAYU yang beragama islam. YA, sememangnya akan memberikan hasil, hasilnya kita dapat lihat selepas lebih kurang sembilan bulan..saban tahun hasil2 ini semakin meningkat dan agak boleh dibanggakan oleh bangsa kita yang bernama MELAYU..apakah hasilnya.....ANAK LUAR NIKAH.....inilah produk yang dihasilkan oleh hari velentine day....

Dalam sedar atau tidak sedar inilah keadaan reliti masyarakat sekarang, manusia sudah bagaikan binatang malahan lebih teruk dari binatang, jika dilihat di akhbar tidak hairanlah 96 0rng ditangkap dalam ops velentine days, itu 24 jam sebelum velentine samasa hari velentine tidak tahulah berapa ramai lagi dan yang tidak dilaporkan bagaimana pula.......masih tidak terfikir lagikah bagaimana langkah yang patut kita ambil bagi mengatasi masalah-msalah ni.

Jangan jadikan MAlaysia sama seperti barat yang konon-kononya maju dan bertamadun malahan ada sesetengah MELAYU itu sendiri mengagumi barat yang kononnya bertamadun.
BoLeh kita akui barat mempunyai sedikit kelebihan dari segi kemajuan material namun dari segi kerohanian segala-galanya hancur..

sempena maulidurrasul marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi MUhammad dan sama-samalah kita jauhi sambutan hari yang kononnya untuk mengingati kekasih...kekasih kita yang sebenar adalah ALLAH, NABI ,DAN IBU BAPA...namun pernahkah kita mengingati mereka..pernahkh kta mengadakan sesuatu sambutan untuk mengingati mereka..SAMA-SAMALAH KTA RENUNGKAN DAN MUHASABAH DIRI KERANA SEMAKIN SINGKAT WAKTU KITA DI ATAS DUNIA INI......

ini bukan zaman melayu bodoh, tapi masih ramai sanggup jilat tapak kaki penjajah


ini bukan zaman penjajah..kenapa aku buat entry nih...ni aku nak cerita sikit kepada semua orang,aku pun tak tahu lah apa yang aku patut gelarkat kat someone nih nak kata tak berpelajaran, belajar sampai oversea kononnya, nak kata bodoh dah jadi pentadbir dalam satu pentad biran yang besar dalam negara.....tapi kenapa..? kenapa...? sampai sekarang masih nak jilat tapak kaki penjajah, yang mna konon2nya lebih bertamadun dari masyarakat timur...mungkin sebab dia ni menerima pendidikan barat sampai x kenal asal usul diri sendiri....

eh manusia ko x ingat ke dulu sebelum ko kenal sudu ko makan guna tangan kan..kecuali lah ko beranak dah keluar sekali ngan sudu n garpu sememangnya ko x kan pernah lah makan dengan tangan....dah panjang aku melalut..bukan apa kadang kala kalau kita berlembut sampai bila pon orang tidak akan hiraukan rintihan dan teriakkan kita ini.....ok masuk bab terus mals nak melalut dah...sebenarnya aku nak cita pasal orang timur khususnya orang MELAYU yang dah tidak sedar bahawa diri dia MELAYU lahir di TANAH MELAYU mengamalkan ADAT ISTIADAT MELAYU yang mana SANGGUP MENGHINA MELAYU.....tidak kisah lah pasal dia nak kutuk bahasa ke, nak kutuk orang ke, nak kutuk orang melayu sendiri ke....janji dia kutuk......maka tunggulah...?

kalau ko rasa melayu ni low class ko bleh blah dari TANAh MELAYU...tapi kenapa ko masih cari makan di mana tempat yang ramai orang melayu...

aku ulangi aku tulis artikel ni bukan untuk nak kutuk mna2 kaum, aku nak bagi peringatan kat orang melayu sendri..aku ulangi ORANG MELAYU sendiri...ok

jangan ingat apabila diri dah berada di sesuatu tempat yang tinggi maka sewenang2nya ko boleh keluarkan kenyataan yang sewenang-wenangnya...jangan ingat ko pandai dalam semua hal dan ko arif dari ilmuan lain...jangan sampai satu ketika tercipta satu sejarah orang melayu berkelahi sesama melayu kerana bahasa melayu..

Hoi MElayu...ko sedar diri atau tidak...BAHASA MElayu berkembang dengan evolusi BUKAN dengan revolusi. ko ingat senang bahasa melayu nak bertahan hingga kini....pengorbanan pejuang2 bahasa dahulu akan sia2 kerana wujud manusia melayu macam ko ni.....

jngan ko bodohkan orang melayu dengan diri ko yang sememangnya dah diperbodohkan dengan idealisma penjajah..ini bukan zaman melayu bodoh...ko sorang je yang bodoh...ini bukan zaman melayu mengikut Bontot penjajah...ko sahaja yang sanggup mencium Bontot penjajah...

Hoi Melayu kaum lain sanggup mengadai segala-galanya untuk memartabat bahasa melayu ...tapi ko nak menjahanamkan bahasa melayu...mungkin ini jasa ko yang akan diingati oleh orang melayu sampai bila2..tapi jasa ko yang akan dikeji dan dicaci sampai liang lahad...

hoi melayu ko sedar diri atau tidak.....ini bukan zaman melayu bodoh, tapi ko masih sanggup jilat bontot penjajah.....

Sunday, February 13, 2011

hello 14 feb


ada apa dengan 14 feb....mmmm....hari kekasih...opsss...sorry aku x sambut hari kekasih..aku pon x tahu nak tulis pape tentang hari kekasih nih cuma yang penting aku x kan sambut sampai bila2....

Sunday, February 6, 2011

CaRe 4all: mAhAsiswa PriHatin Dari HaTi kE Hati

jom usha apa geng2 care4all buat kat baling kedah...he2....hanya ini je beberapa gambar yang aku dapat snapkan...bermacam2 ragam dan aksi yang dapat dilihat apabila mahasiswa dan mahasiswi masuk ke kg......

korang nak tengok lagi
klik kat sini
byak lagi gambar2 aktiviti diorang kat kg luar baling kedah
....

Sunday, January 30, 2011

ada apa dengan kedai kopi @ warung...?


roti canai, nasi lemak,kuih dan macam2 lagi makanan yang ada kat warung kan
untuk apa korang lepak kat warung?
sembang2 ngan rakan2 kan
tapi itu dulu, sekarang tidak lagi....
kalau sekarang orang tnya baut apa ke WARUN..?
jawanya ONLINE la pe lagi
mmm,,,itulah fenomena zaman sekarang..
kalau dulu warung jadi temoak lepak2 dan berbual ngan mmber2
skang kalau lepak ramai2 pon xde lagi dah bunyi suara bergurau senda ngan rakan2
semua asyik dengan laptop masing2 je...
kalau dulu dengan telefon
tapi sekarang dah lain laptop dah jadi sebahagian dari kehidupan...
so pikir2 kan lah......jngan sampai satu ketika nnti kalau nak cakap ngan mmber2 sebelah pon terpaksa guna ruangan chatting disebabkan dah x reti nak berkomunikasi sesama sendiri.........

Thursday, January 20, 2011

rahsia tarikh lahir


OKtoBer

suka berbual
suka orang syang
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dlam
tidak pandai berbohong dan berpura2
mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang lain jika tak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat
suka melancong , bidang sastera dan seni
penyayang
romantik
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran



argggg....cuti aku....


tak tahulah nak kata macam mana...agak bernasib malang aku pada hari ini..orang lain cuti, aku telentang dalam bilik dari pagi sampai ke petang...pada awalnya bayak gak plan untuk cuti hari nih...bangun je pagi tadi tetiba je kepala dah pusing2 ingat dunia yang berpusing laju..rupa2nya aku sorang je yang berpusing...huhuhu...habis hancur perancangan nak kuar g sambut thaipusam hari nih..he2....namun mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku ...aku redho...xpe esok masih ada untuk aku g jalan2.....he2

Wednesday, January 19, 2011

alhamdulillah

ALHAMDULILLAH
satu ucapan yang mampu aku ucapkan untuk bagi menutup hari yang penuh dengan masalah, mungkin semua yang berlaku ada hikmah...dibebani dengan pelbagai permasalahan namun semuanya dapat diatasi dengan penuh hikmah...