Wednesday, January 27, 2010

terangganu kite.....






Misi PROSPEK ke terangganu telah berjaya....pada mulanya perjalanan kami akan menuju ke johor namun hajat kami ke johor telah terbatal kerana disebabkan kemangkatan sultan johor.Walau apa pun kami tetap menerus kan penjelajahan kami ke terrangganu untuk mengadakan seminar ke sekolah2...kami mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sokongan kepada projek kami ini......diharapkan perjalann kami yang seterusnya akan berjalan dengan lebih lancar lagi....Jumpa kami di destinasi yang seterusnya......

Thursday, January 21, 2010

sedikit nasihat dari lelaki kepada wanita....


......Apabila berbicara tentang wanita ramai yang agak berminat .Disini terdapat beberapa tips dan pandangan daripada seorang lelaki kepada wanita.....


Sentiasa tersenyum apabila berbicara
. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan

Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

...walau ape pn sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah....


Dipetik daripadahttp://selangor2u.com/blog/isu-cinta/25-perkara-yang-lelaki-suka-tentang-wanita/

Monday, January 18, 2010


Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad
*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

Sunday, January 17, 2010

pErlu ke Aku tAhu ?


Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....

xpdg GUNUNG DaTuK






Alhamdulillah...dengan perancangan yang rapi dan dengan tenaga yang semampu mungkin program yang julung-julung kalinya yang dianjurkan oleh PEMADAH iaitu XPDG mendaki gunung telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Program mendaki ini adalah yang pertama kali yang dianjurkan oleh kelab PEMADAH sejak kelab ini ditubuhkan.Program ini mungkin akan dijadikan program tahunan kelab.Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Gunung Datuk,Negeri Sembilan.

Program ini bermula pada 15 hingga 16 januari 2010.Oleh kerana program ini yang petama kali kami anjurkan ,kami memohon maaf diatas segala kekurangan yang terdapat di dalam program inikami juga mengucapkan kepada senior-seniop PEMADAH yang banyak membantu kami dari pebagai aspek,begitu juga kepada para peserta xpdg.Selain itu kami berharap ukhuwah antara kita akan terus berkekalan bukan sahaja semasa program malahan selepas program juga.

Kenangan terindah ini akan kita abadikan bersama......

PEMADAH MILIK BERSAMA!!!!

rakaman kehidupan....


Sesuatu yang telah berlalu akan diaanggap kenangan ,ada yang tak dapat dilupakan,dan ada yang mahu dilupakan.Kenangan manis akan meninggalkan kesan yang membuahkan kegembiraan,manakala kenangan pahit mengajar kita supaya berhati-hati untuk hari yang akan mendatang.Bagiku persahabatan adalah kenangan yang terindah,oleh itu jagalah tali persahatan semampu yang mungkin dan ianya akan menjadi indah untuk selama-lamanya.....

Tuesday, January 12, 2010


Kuala lumpur

Impian ku suatu masa dahulu

Tetapi itu dulu

Tidak lagi sekarang

Indah khabar dari rupa

Pesananku kepada mereka

Jangan ghairah dengan khabar kata

Jika terleka dan alpa

Tiada apa-apa

Diri kita harus waspada

Jika tidak menjadi celaka

Sunday, January 10, 2010

5 minit sebelum tidur


pening kepala memikirkan masalah yang tak pernah habis,kadang-kadang sampai termimpi-mimpi .Tutup je mata hilang kejap masalah.Tapi bila bukak plak mata bertimbun-timbun masalah datang.

mmm..masalah-masalah....mmemang xbleh lari la
aku bukan nak lari dari masalah tapi masalah nya aku xreti nak selesaikan masalah.Semua orang ada masalah tapi bergantung kepada individu itu la macammana dia nak selesaikan.Kalau datang je masalah terus je cepat-cepat kita selesaikan,kalau dibiarkan masalah akan bertimbun-timbun...ada orang suka kongsi masalah,ada yang x suka kongsi masalah...pape pn pandai-pandailah cari jalan camna nak selesaikan masalah masing2....jangan dipendam,nanti terbeban.......
jauh perjalanan luas pemandangan
kenangan diatas gunung datuk n9,seremban

Wednesday, January 6, 2010

Kenangan Lalu


kenangan lalu

saat kita bersama,
ada suka ,
ada duka,
kenangan manis dan pahit kita lalui bersama,
tidak dapat kuucapkan dengan kata-kata.

Waktu persekolahan adalah waktu yang paling gembira.Mana mungkin waktu itu akan berulang,mungkin suatu ketika dahulu kita membenci waktu persekolahan dan guru-guru yang mengajar.Namun semua itu akan menjadi kenangan manis kepada kita semua apabila kita semakin meningkat dewasa.Setiap kenangan yang pahit dan manis akan menjadi sesuatu yang indah jika dikenang ketika dewasa...Oleh itu manfaatkanlah masa muda yang masih tersisa untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak merugikan diri sendiri.

Sastera dalam al quran

Dalam Surah Al-Kahfi pula kita dapat mempelajari satu sifat kesusasteraan al-Quran yang sangat penting iaitu ia tidak membicarakan sesuatu yang tidak penting, tidak ada faedah dan juga remeh-temeh. Ibn Taimiyyah menukilkan dalam Muqaddimah fi Usul al-Tafsir antara perkara yang tidak ada faedah itu ialah seperti nama pemuda ashab al-kahfi, warna anjing ashab al-kahfi dan juga jumlah bilangan mereka. Di negara manakah terletaknya gua ashab al-kahfi itu juga tidak diberitahu kerana ia termasuk dalam hal yang tidak penting dan tidak ada manfaat. Iktibar yang besar daripada kisah hebat dalam surah ini kepada para penulis ialah perlunya seorang penulis dan juga pengarang karya kreatif itu hanya menulis sesuatu yang penting dan bermanfaat sahaja dalam karya-karyanya. Janganlah dikotorkan karya kita dengan perkara merepek dan tidak memberi faedah kepada pembaca

dipetik daripada utusan malaysia online:7 janiari 2010

kisah petamaku

Sudah enam bulan aku di Universiti,namun apa yang aku cari-cari masih belum ditemui.
Kepala dah makin serabut dengan pelbagai aktiviti,Hati tidak pernah mengecapi ketenangan.Aku rasa sudah jauh menyinpang dari jalan yang diredhoiNya.aku perlu berubah sebelum terlambat.Namun keadaan persekitaran selalu memaksaku untuk menjadi begini.Bukan aku nak mempersalahkan orang lain.Hal ini mungkin juga disebabkan sikapku sendiri yang selalu lalai...ini coretan pertamaku...catatn yang seterusnya akan menyusul selepas ini.