Wednesday, January 6, 2010

Sastera dalam al quran

Dalam Surah Al-Kahfi pula kita dapat mempelajari satu sifat kesusasteraan al-Quran yang sangat penting iaitu ia tidak membicarakan sesuatu yang tidak penting, tidak ada faedah dan juga remeh-temeh. Ibn Taimiyyah menukilkan dalam Muqaddimah fi Usul al-Tafsir antara perkara yang tidak ada faedah itu ialah seperti nama pemuda ashab al-kahfi, warna anjing ashab al-kahfi dan juga jumlah bilangan mereka. Di negara manakah terletaknya gua ashab al-kahfi itu juga tidak diberitahu kerana ia termasuk dalam hal yang tidak penting dan tidak ada manfaat. Iktibar yang besar daripada kisah hebat dalam surah ini kepada para penulis ialah perlunya seorang penulis dan juga pengarang karya kreatif itu hanya menulis sesuatu yang penting dan bermanfaat sahaja dalam karya-karyanya. Janganlah dikotorkan karya kita dengan perkara merepek dan tidak memberi faedah kepada pembaca

dipetik daripada utusan malaysia online:7 janiari 2010

No comments:

Post a Comment