Tuesday, November 30, 2010

~gadis kacamata iii~


bila ku pejam lena
kau hadir dalam mimpiku
walau semakin jauh ku membuang perasaan
makin dekat kurasa dirimu denganku
ku tahu mungkin salahku
namun ku tak mampu
kau merak
aku hanya gagak
mana mungkin dapat bersatu

kini kau makin jauh
walau sepantas mana ku kejar
kau hanya membalas dengan lambaian
semakin hari semakin sayang
namun semuanya hanya mampu ku terbayang

gadis kacamata
biarlah aku sepi memendam perasaan
biarlah semuanya tersimpan
menjadi rahsia untuk orang yang pernah ku sayang...

kau bukan milikku lagi....


p/s:puisi ini berakhir di sini sahaja kerana telah menimbulkan beberapa konspirasi dan kontrovesi...nantikan kemunculan gadis kacamata versi cerpen yang masih tertangguh pembikinannya.....insyaaalh saya akan siapkan secepat mungkin,,,,






....blog addic....







yearhhh akhirnya...blog telah mengubah 360 darjah kehidupanku.....blog dah berjaya mencuri hatiku daripada fb...he2...tahniah aku ucapkan kepada dunia blogging...aku memang dah benar2 benar addic dengan blog...dulu mula2 aku buat memain je,,,sebelum aku wujudkan blog ni aku telah mempunyai beberapa buah blog yang lain..namun semuanya aku tinggal kesepian...tapi sejak masuk ke dalam dunia pelajar nih aku aktif semula dengan dunia blog......makan ,minum, tido, main semua asyik pikir pasal blog je...huhuhuhu...tambah2 pulak dah ramai kawan2 kat blog ni...sekarang aku tengah final exam....lepas je abis final ni aku nak hias blog aku cantik2...buat mmber2 blog yang lain rajin2 lah datang ke blog aku n beri komen2 yang membina atau pon kritikan2 pon aku terima....yeahhhhh.....blog ko tunggulah lepas aku habis exam ni aku akan hias ko cantik2....sabar ye wahai blog ku sayang.....akanku belai mu dengan kasih sayang supaya setiap pelawat yang datang akan merasai perasaan yang penuh kesyahduan....he2......

p/s:dalam mood exam, belum mmpu post karya2 yang baru dihasilkan, otak dah terburai mengadap nota2....

Saturday, November 27, 2010

LELAKI semakin hari semakin LAKU,,, PEREMPUAN semakin hari semakin LAYU...

huh...post berani mati mmber aku kat fb....hee2 cmna rakan2 blogger..ape pendapat korang....tapi aku rasa mungkin la...bukan sebab aku llki aku nak sokong statement ni tapi memang korang bleh tgok sendiri sekarang cmna keadaan kan...fikir secara positif bukan niat nak kutuk spe2..
fb, youtiub, dr google n macam2 lagi dah mcam2 bukti ada kat dalam ni...nak kata phothoshop, nak kata photo scape he2 xmungkin la...spe la yang rajin nak edit gambar2 yang berjuta2 kat dalam ruangan maya ni...x dinafikan lah ada gak 2 3 kerat gambar2 yang diedit tapi yang berlambak2 lagi2 spe yang edit...x kan dr google sediri edit kot, x kan datuk nenek kita dulu yang edit kot...
ni aku nak pesan kat semua sahabat2 perempuan @ wanita @ muslimah @ tomboy 2 yang seangkatan dengannya jagalah adab tertib ,tingkah laku, jaga pe lagi eh....mmmm...pape je lah...supaya x menyesal dikemudian hari....

~gadis kacamata II ~


kau datang lagi dalam igauan
dengan dengan satu senyuman
sukar untuk aku tafsirkan

aku kecundang
kau berikanku harapan
namun datang pelbagai halangan

makin jauh making sayang
makin jauh makin rindu
makin jauh makin beerti

kau mengajarku erti kasih sayang
kau mengajarku tentang perasaan
semua membuatkan ku semakin terbeban

bebanan perasaan
bebanan kejiwaan
semakin terasa tekanan

aku makin gagal dengan perasaan
makin jauh makin dilanda kerinduan
kerana kau pernah memberi harapan.....



p/s:nantikan gadis kacamata versi cerpen,masih dalam pembikinan...





Friday, November 26, 2010

~sepi kehening subuh~

ku sujud kepada Mu
insaf diriku
diwaktu keheningan subuh

sepi
hanya itu yang kurasa
ditemani suara cengkerik dan embun yang menitis

aku terfikir
mungkin beginikah aku di suatu ketika
sepi
tanpa teman
seperti sepi dikala waktu subuh ini.....

ya ALLaH
jika di dunia ini aku sepi
kurniakan lah teman kepadaku sewaktu DISANA nanti
kerna apa
aku sepi disini kerana takut kepada azabmu
kerna takut wujud kecintaan kepada manusia
melenyapkan kerinduanku kepadaMU yang ESA

biarlah aku sepi
sesepi keheningan waktu dikala subuh ini.....

ntah pape...

1.nama blog dan why name tuh dipilih?
ntah sbb byak sangat kot kisah aku so aku pilih la nama blog cm2 semua kisah aku nak tulis dalam2...

2.nama URL blog dan mane dtg idea tuh?

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7067393238644544498 aku pon x berapa ingat..cuma hari2 aku memain je nak buat blog tapi skang dah jadi serius plak....2 yang aku letak cm2

3.method penulisan blog anda?
macam2 ada....

4.perasaan anda bile tgk blog orng lawa dan menarik tapi tengok blog sendiri tak lawa pun *ayat rendah diri
eh...ntah..he2....agak la kot...

5.bile wujudnye blog anda nieyh?
masa kat U ni lah...waktu aku rasa lonly sesangat...he2.....

6.sape orng 1st yg tahu dan jadi follower anda?
aku sendiri

7.sila tag 5 orng ,dan bgtahu mereka :)
aku x reti nak tag orang, ENcik Daon x ajar aku lagi...


sekian...

Thursday, November 25, 2010

~melayu~

kau kata kau melayu
kau kata kau pejuang melayu
kau kata kau mengangkat maruah melayu

kau julang keris
kau kucup keris
kerana apa
kau nak tunjukkan kau orang melayu yang cintakan khazanah melayu

tapi kau orang yang tidak pernah reti melayu
kau yang merosakkan melayu
hinggakan satu ketika semua orang dah tak kenal melayu

kau jadikan bangsa melayu yang x tahu melayu
hinggakan jijik untuk memandang perkataan melayu

kau hnya layak digelar pencacai melayu
yang bertopengkan baju melayu
untuk menjadikan semua bangsa melayu semakin layu.......

ingat mungkin satu masa kau akan dibaling kayu oleh orang melayu.....

.....setia.....

setia
itu ungkapan kau
itu janji kau

kata kata manis
ucapan mesra
sering membuat aku terpedaya

sering aku terluka dan terleka

mana ucapan setia
mana janji setia
mana semua kata-kata
semuanya kau membuat ku tertnya-tanya
kerna kau tahu ku sang setia

~tahlil~


alhamdulillah malam ini selesai majlis tahlil untuk ibu bapa mmber floor aku iaitu zaid@tuan zaid.Ibunya meninggal dunia pada 6/11/2010 akibat kemalngan jalan raya.Semoga roh kedua ibu bapanya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...al fatihah

Wednesday, November 24, 2010

~gadis kaca mata~


kau sering buat ku pening kepala,
kau sering buat ku tertanya-tanya,
tapi kau tak pernah menjadikan ku terleka,
kerna dalam hatiku hanya ada DIA.........

~masih mencari~


Sebagai pemegang title mahasiswa aku masih mencari kemana arah tujuanku,
kadangkala terasa bagaikan semua yang dilakukan sia-sia,
masih belum mampu hendak menghasilkan sesuatu yang menjadi kebanggaan,
kerana terlalu ghairah dengan hiburan,
sampaikan kadang2 sering terlupa,
dan kadang2 sering terleka dengan takhlif yang diamanahkan kepada aku,
ya betul,
aku masih muda,
masih remaja,
masih memerlukan hiburan,
masih memerlukan keseronokkan,
masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri,
namun itu bukan satu alasan,
kerana tempoh tamat masa kita di dunia ini tidak pernah kira samaada kita tua atau muda,
kadang2 aku termenung,
aku tahu,
namun mengapa aku masih terleka,

Ya Allah tolong lah hambamu ini,
aku x mampu menghadapi semuanya tanpa bantuanmu,
hanya kepada MU aku bergantung Harap....

Monday, November 22, 2010

akar kayu


aku akar kayu
mencengkan semua yang terdekat denganku
kawan
lawan
tidak pernah aku kisah
apa yang kumahu makanan untuk diriku
ingin kau jadi sepertiku
boleh
kau usah peduli kepada sesiapa
kau cara kau
jangan ingat pada dosa pahala
cuma satu
penuhkan kantung kau sahaja
mungkin satu ketika kita kan bersua
menjadi kawan sepencerita.....

Saturday, November 20, 2010

pengemis pasar


aku pengemis pasar
tak mampu berbuat apa2
mengharap simpati
namun masih ramai yang x mengerti
masih ramai yang mengeji
masih ramai yang mencaci
ada mereka pernah tergerak hati
bertanya mengapa aku begini...?

Saturday, November 13, 2010

~biol.....~

otak biol
jiwa kacau
kepala pening
hati rungsing
ish...pesal ni
mmmm..
penyakit dah datang....

EXAM..

adus mmpos aku....
kepala kosong lagi..
ada sesape bleh bagi idea x....


lepak2...

bang ada pe kat kedai ni...
roti canai ada..
xde la dik...
ok kasi teh tarik satu...
teh tarik 1 + laptop ...lpak kat kedai sanpai kol 3 4 pagi...
sape sruh ko letak wifi kat kedai ko...hahahaha