Monday, February 14, 2011

happy velentine vs mauldurasul



ada apa dengan kedua-dua sambutan di atas. Apa yang pastinya kedua-duanya akan memberikan hasil kepada makhluk yang bergelar manusia. Kita bercakap mengenai maulidurrasul dahulu, satu sambutan yang semakin terpinggir dan dilupakan oleh umat islam khususnya ORANG MELAYU yang dalam icnya ada perkataan ISLAM. Jikan difikirkan pengorbanan seorang nabi kepada umatnya tidak berbalon jika kita hanya mengingati baginda sahaja namun sesuatu perkara yang sekecil ini pun masih tidak mampu dilakukan oleh seorang pengikut baginda sedangkan sebelum baginda nabi wafat, baginda menangis kerana risau dengan keadaan umatnya...tapi hal ini bertepatanlah denagan kata-kata TUN MAHADHIR "MELAYU MUDAH LUPA".

itu hal mengenai Maulidurrasul bagaimana pula dengan valentine day, adakah akan memberikan hasil juga kepada manusia, khususnya ORANG MELAYU yang beragama islam. YA, sememangnya akan memberikan hasil, hasilnya kita dapat lihat selepas lebih kurang sembilan bulan..saban tahun hasil2 ini semakin meningkat dan agak boleh dibanggakan oleh bangsa kita yang bernama MELAYU..apakah hasilnya.....ANAK LUAR NIKAH.....inilah produk yang dihasilkan oleh hari velentine day....

Dalam sedar atau tidak sedar inilah keadaan reliti masyarakat sekarang, manusia sudah bagaikan binatang malahan lebih teruk dari binatang, jika dilihat di akhbar tidak hairanlah 96 0rng ditangkap dalam ops velentine days, itu 24 jam sebelum velentine samasa hari velentine tidak tahulah berapa ramai lagi dan yang tidak dilaporkan bagaimana pula.......masih tidak terfikir lagikah bagaimana langkah yang patut kita ambil bagi mengatasi masalah-msalah ni.

Jangan jadikan MAlaysia sama seperti barat yang konon-kononya maju dan bertamadun malahan ada sesetengah MELAYU itu sendiri mengagumi barat yang kononnya bertamadun.
BoLeh kita akui barat mempunyai sedikit kelebihan dari segi kemajuan material namun dari segi kerohanian segala-galanya hancur..

sempena maulidurrasul marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi MUhammad dan sama-samalah kita jauhi sambutan hari yang kononnya untuk mengingati kekasih...kekasih kita yang sebenar adalah ALLAH, NABI ,DAN IBU BAPA...namun pernahkah kita mengingati mereka..pernahkh kta mengadakan sesuatu sambutan untuk mengingati mereka..SAMA-SAMALAH KTA RENUNGKAN DAN MUHASABAH DIRI KERANA SEMAKIN SINGKAT WAKTU KITA DI ATAS DUNIA INI......

No comments:

Post a Comment