19 april 2011, lokasi depan kedai mamak bangsar. Mata memandang ke jalan yang mana di atasnya terdapat laluan LRT. Keadaan sudah banyak berubah. Ini dikatakan kemajuan, dimana-mana sahaja kemajuan dicanang. Jika pada suatu ketika dahulu mungkin mustahil didalam fikiran kita melihat pembangunan serancak ini tetapi sekarang segalnya tidak dapat dinafikan lagi. Segalanya sudah terbukti dan segalanya sudah terzahir secara hakiki.
Tiba lamunanku dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan, itu satu lagi harga yang perlu dibayar apabila kita ingin merasai nikmat kemajuan dan pembangunan. Segalanya perlukan kepantasan tiada lagi istilah lambat dalaam zaman serba kemodenan, berbalik kepada bunyi hon kereta, perjalann manusia semuanya hendakkan kepantasan, bunyi hon kenderaan ibarat alunan muzik dijalanan, sedikit kelalaian dan kealpaan kita akan jauh ketinggalan...ini bukan zaman kereta lembu ini zaman F1...perlukan kepantasan dan perlu bijak dalam merebut peluang.....
aku habiskan setin 100plus....capai helmet, dan teruskan ke destinasi yang akan ditujui....
No comments:
Post a Comment