Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
teruslah bersabar wahai hati
.....
No comments:
Post a Comment