esok exam wish good luck for me....hahahahaha
Monday, May 9, 2011
Sunday, May 8, 2011
korang nak tau lebih lanjut pasal nuffnang ...?
malam -malam gini keja aku merayau kat blog-blog orang je. tengok kat tajuk macam aku nak ajar korang tentang nuffnang je kan. Sebenarnya aku pun x berapa mahir lagi dalam bab-bab pengiklanan ni, cuma malam ni aku ada jumpa satu blog nih yang mana membuatkan aku mudah untuk memahami kaedah pengiklanan dan aku rasa korang pun akan mudah untuk memahami juga kaedah-kaedah pengiklanan dari nuffnang. Jom pakat-pakat terjah blog ini [link]
Cuti hari minggu yang bosan
SElamat hari ibu. bagi yang sambut. Aku...? . Tido lah jawabnya. Orang lain sibuk2 nak sambut aku terbongkang tido seharian. Nak buat macammana anak perantauan...hahahaha
Bukan apa nak qadho balik tido2 aku yang lepas dah lama tak tido sepuas ini dan malam ini memang aku jadi burung hantu lah. Lepas ni dah cuti , dah tak boleh nak tido puas-puas sebab aku kena keja. Jadi kuli orang tanpa gaji selama 2 bulan setengah atau dengan kata lain kena buat latihan industri. Gila kan jadi kuli 2 bulan lebih tak bergaji, tapi nak buat macam mana terima saja lah, kata prof aku nak cari pengalaman, aku pun yer lah prof...a/h lupa Macam mana pula dengan hari minggu korang, happy, sad, miss someone or bla,bla,bla.....
Saturday, May 7, 2011
semua pasal hari ibu
malam nih semua pakat post tentang hari ibu didalam wall masing. Tiada apa-apa yang mampu aku ucapkan untuk ibuku kerana hari-hari adalah hari ibu buatku. Lapan tahun hidup sendirian sudah benar-benar mengajar aku tentang rasa kerinduan yang sngat mendalam kepada ibu dan juga bapaku. Lapan tahun bukan satu tempoh yang singkat namun segalanya aku hadapi dengan tabah sebagai untuk menjadi tauladan kepada adik-adik yang sedang membesar dan baru belajar mengenal dunia..Walaupun aku berjauhan dengan ibu namun aku selalu menasihati adik2 supaya menghormati ibu dan sentiasa mentaati setiap suruhan ibu..semoga kita semua sentiasa menghargai jasa2 ibu....SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU2 DAN JUGA YANG BAKAL MENJADI IBU......
jom Buat bLog
Jom sama-sma berkarya. Zahirkan kekreatifan anda dalam blog, Daripada merepek yang bukan-bukan di dalam FB, bukak pekung didada, gebang tentang rumahtanga, cerita tentang hal dalam selimut lebih baik kita sma-sama berblogging.
Tak pandai nak buat blog?
Disini aku sediakan tutorial untuk membuat blog, cuba lihat dan fahami untuk beberapa minit dan mulakan langkah pertama anda.
Friday, May 6, 2011
Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu atau yang bakal menjadi ibu. Buat ibuku doakan anakmu ini berjaya dalam semua hal samaada di dunia ataupun di akhirat .Anakmu ini juga selalu mendoakan dirimu . Maaf kerana tiada smbutan yang dapat diraikan kerana anak mu ini tidak pernah berada di rumah ketika sambutan hari ibu. Sudah 8 tahun anakmu ini merantau untuk mencari identiti dan mengenal dunia. Insyallah dengan doa dan dorongan dari ibu anakmu ini akan terus bersemangat untuk meneruskan hidup ini. sekali lagi diucapkan SELAMAT HARI IBU.....
~ada apa dengan 4 bulan cuti~
4bulan atau 16 minggu atau bersamaan 112 hari
Cuti semester datang lagi, ramai yang sudah rancang dengan pelbagai aktiviti, namun bagi aku cuti atau tidak cuti semuanya sama sahaja.
Cuti 4 bulan jadual aku sudah penuh. full stop. tidak perlu kata apa-apa lagi....
~target 75kg kepada 65kg~
berat semakin bertambah, mungkin disebabkan makan dan minum yang sangat-sangat cukup dan kadang-kadang berlebihan. Jadi dengan ini aku mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan aku yang sudah semakin bertambah-tambah ini.
Ini target aku 75kg kepada 65kg dalam masa 4 bulan. Memang perkara ini agak sukar tetapi aku akan mencuba sedaya upaya..he2...kalau boleh aku tidak mahu mengambil masa yang lama yang mana sehinggakan 4bulan, cukuplah setakat 1 atau 2 bulan, walau apa pun aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengurangkan berat badan seminimum mungkin...jadi buat rakan-rakan blogger sama-sama doakan aku he2......
Cuti 4 bulan di rumah...mampukah aku...he2....
~tiub lawak sudah tidak lawak~
Bercakap pasal undi, semalam aku telah menyiapkan satu entry tentang untuk apa kita mengundi. tiba-tiba malam ini aku terbaca sesuatu entry dalam blog tiub lawak. Adakah tiub lawak sudah habis idea untuk melawak. Selalunya kalau aku bukak blok tiub lawak semestinya aku akan tertawa walaupun kadangkala ada sedikit perasaan iri hati...he2....Ok kenapa aku cakap tiub lawak sudah tidak lawak. Bukan itu sebenar maksudku.
Jom sama-sama kita lihat petikan yang aku copy dari tiub lawak
aku tergerak hati untuk menulis ini kerana ada komen kurang sedap dibaca di video pelajar universiti melakukan demontrasi menyerahkan memorandum di pejabat perdana menteri.. ada yang mengatakan "budak sekarang ni teruk, mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar tapi diorang demonstrasi.. apa nak jadi?" kah kah kah.. bagi aku, komen ini adalah super bodoh kerana tun mahathir dan anwar ibrahim pun pernah mengepalai demonstrasi ketika zaman muda mereka..
Eh, sejak bila tiub lawak tulis pasal entry serius nih, tambahan pula satu isu yang agak panas sekarang ini. Tapi walau apapun aku ucap tahniah kerana tiub lawak sudah berani untuk membincangkan menganai isu mahasiswa, tak rugi kalau aku sentiasa mengikuti blog tiub lawak sekurang-kurangnya aku boleh mengetahui mengenai fenomena mengenai mahasiswa dan mahasiswi sekarag.
Jom baca entry penuh dalam tiublawak[link]
Thursday, May 5, 2011
untuk apa kita mengundi..........?
kadang-katang aku terfikir untuk apa kita mengundi, kalau dari dahulu sehingga sekarang keadaan tidak pernah berubah, pengundi bagaikan boneka, manakala pemimpim bagaikan tuan yang memegang tali untuk menggerakkan boneka. yang mana kita lihat pada zaman sekarang pemimpin makin mengila dengan kekayaan manakala rakyat makin merana dengan kemiskinan khususnya golongan pemimpin. Dalam hal ini aku bukan nak menyokong mana-mana pihak samaada pihak pemerintah atau pihak pembangkang namun keadaan semuanya sama sahaja. Kadang kala aku rasakan tidak berbaloi untuk mesedekahkan satu undi untuk golongan-golongan ini yang mana mereka tidak pernah sedar bahawa mereka menjadi senang atas simpati sedekah rakyat marhein kepada mereka dalam setiap kali pilihan raya diadakan.
Guna apa mengundi ?Guna apa semuanya?Untuk mengangkat naik jadi besar? untuk meletakkan taraf hidup segolongan kecil manusia pada gaji yang beribu2 ringgit sebulan?
Angin Timur Laut halaman 34
Angin Timur Laut halaman 34
namun jika difikirkan kembali ianya adalah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan, perkara ini juga tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak khususnya orang islam, namun perlu diingati bahawa jika ada 2 0rang pemimpin dah keadaan kedua-dunya agak sama maka pilihlah yang paling sikit mudhoratnya, kerana tanggung jawab memilih pemimpin sememngnya terletak di tangan kita.
Haddathana Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Abu Karib, mereka berkata; haddathana Abu Muawiyah dari al-A’masy dari Abi Soleh dari Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
antara salah satunya yang bermaksud:
Orang yang membai‘ah pemimpin (mengundi dan melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Andai pemimpin yang dipilihnya itu memberikan balasan (habuan), maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak (tidak ditunaikan) dia akan menolak.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih).
jadi tepuklah dada tanya selera yang manakah pilihan kita semua...selamat mengundi
pengakhiran sebuah penantian.
kini kusedar
segalanya hanya angan-angan
tidak perlu lagi aku teruskan
namun ku bersyukur kerna diberi peluang untuk menumpang
hati sedih bila mengenangkan
namun apa kan daya tidak kuat untuk ku menahan
juga tidak kuat untuk ku melawan
walaupun hati sudah tertawan
biarlah semuanya menjadi kenangan
kalau tembok menjadi penghalang
ingin ku seru angin untuk menyampaikan
namun segalanya sudah menjadi usang
biarlah segalanya ditelan
walaupun ku tahu pahit yang akan mendatang
Subscribe to:
Posts (Atom)