Friday, May 6, 2011

~tiub lawak sudah tidak lawak~

Bercakap pasal undi, semalam aku telah menyiapkan satu entry tentang untuk apa kita mengundi. tiba-tiba malam ini aku terbaca sesuatu entry dalam blog tiub lawak. Adakah tiub lawak sudah habis idea untuk melawak. Selalunya kalau aku bukak blok tiub lawak semestinya aku akan tertawa walaupun kadangkala ada sedikit perasaan iri hati...he2....Ok kenapa aku cakap tiub lawak sudah tidak lawak. Bukan itu sebenar maksudku.

Jom sama-sama kita lihat petikan yang aku copy dari tiub lawak
aku tergerak hati untuk menulis ini kerana ada komen kurang sedap dibaca di video pelajar universiti melakukan demontrasi menyerahkan memorandum di pejabat perdana menteri.. ada yang mengatakan "budak sekarang ni teruk, mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar tapi diorang demonstrasi.. apa nak jadi?" kah kah kah.. bagi aku, komen ini adalah super bodoh kerana tun mahathir dan anwar ibrahim pun pernah mengepalai demonstrasi ketika zaman muda mereka..

Eh, sejak bila tiub lawak tulis pasal entry serius nih, tambahan pula satu isu yang agak panas sekarang ini. Tapi walau apapun aku ucap tahniah kerana tiub lawak sudah berani untuk membincangkan menganai isu mahasiswa, tak rugi kalau aku sentiasa mengikuti blog tiub lawak sekurang-kurangnya aku boleh mengetahui mengenai fenomena mengenai mahasiswa dan mahasiswi sekarag.

Jom baca entry penuh dalam tiublawak[link]

No comments:

Post a Comment