Saturday, June 22, 2013

PROTES

kepada MR Haze

keadaan semakin teruk kalau dulu sekadar mendengar melalui televisin dan radio sekarang memang kena lalui,oh! mr Rain datanglah hilangkan segala asap-asap yang menyerang kami.


Friday, June 14, 2013

Bertemankan buku di khutub khanah

Kalau dulu ada masa bergurau senda,tidak lagi sekarang.Kalau dulu satu kelas 100 lebih pelajar,tapi tidak lagi kini.Kalau dulu rakan lelaki kiri dan kanan,tapi tidak lagi kini keadaan betul-betul sudah berubah,

Satu kelas 20 orang lebih dan hanya 4 orang lelaki mana mampu ,mulut bagaikan terkunci hakikatnya tidak kesana ke sini hanya berdua ,bertiga atau berempat.

kalau dulu hidup dengan copy paste dari internet tapi sekarang rasa diri ini ditimbuni dengan tesis-tesis yang melampau tebalnya.Khutub Khanah jadi peneman setia. Tidur ,makan,minum,berehat semuanya di dalamnya.

Aku dah mula gelisah ,bila bebanan nak habis ni...

Tubuh Badan bagaikan tak merestui

Meleleh leleh,cecair pekat.Aku rasakan bagaikan tidak dapat restu untuk aku hadapai pepereksaan.Setiap kali peperiksaan mesti benda yang sama berlaku  demam dan sakit perut perkara lumrah.Nak dikatakan tak pernah hadapi peperiksaan adalah mustahil dah 26 bukan (25 baru) tahun bergelumang dengan peperiksaan tapi msalah yang sama tetap berlaku . Aku rasa mungmin sebab gementar,gementar nak hadapi peperiksaan.

Kalau nak cakap tentang persediaan menghadapi peperiksaan rasanya memang dari dahulu aku tak pernah bersedia. Sebulan ,semingu dan sehari baru kelam kabut mencari nota(aku rasa perangai yang susah nak ubah). Masuk ni dah kali ke dua aku nak grad masih dengan sikap yang lama.

Tapi bila difikirkan sebabnya aku rasa bukan aku yang malas cuma keadaan yang memaksa aku jadi macam ni.Banyak benda yang perlu difikirkan.Kalau dahulu hanya fikirkan tentang pelajaran sekarang kena fikirkan tentang perbelanjaan (biasalah bila duit kena cari sendiri kan)
                                                   
                                 macam mana nak bayar yuran?
                                 duit untuk adik-adik?
                                 hantar duit ke kampung?

Cuma nasib aku baik ,aku belum kawen kalau tidak macam mana aku nak uruskan kehidupan seharian aku. tinggal beberapa satu semester lagi aku nak habiskan pengajian(kalau habis) sabarlah wahai hati.Walau apa yang menghalang hidup mesti di teruskan

Aku dapati tiap kali peperiksaan tubuh badan bagaikan tak merestui,sebab itu musim peperiksaan datang beserta dengan pelbagai penyakit. Sakit kifarah dosa ,aku terima seadanya.

Sujud Yang Tidak Pernah Ikhlas.

Hidup Sentiasa terkejar ke sana sini.Tidak pernah mempunyai masa untuk menikmati ketenangan. 24 jam yang diberikan bagaikan tidak cukup mungkin kalau diberi 40 jam mencukupi.Kadangkala terpaska korbankan waktu makan,terpaksa korbankan waktu tidup,terpaksa korbankan waktu untuk bersama keluarga

Sebenarnya kita sendiri tidak tahu apa yang dikejarkan. Adakah wang ringgit yang sekadar untuk kemewahah. Ya, rasanya itulah yang membuatkan kita semakin kesuntukan. Tambahan dengan bebanan yang pelbagai ,dengan kemahuan nafsu yang mengila. Hinggakan masa untuk berdepan kepada pencipta bagaikan langsung tiada.

Bilakan kita boleh sujud dalam tenang,bilakah kita boleh sujud dengan khusyuk dan bilakan kita akan benar-benar ikhlas untuk sujud. Tak kan bila sampai ajal baru hedak menyesal. Waktu itu menyesal bagaikan tiada gunanya.Tangisan tidak akan kedengaran lagi, rayuan tidak akan dipedulikan lagi hanya sebatang kara untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya..

Bilakah Sujud ini akan benar-benar ikhlas....

Tuesday, May 28, 2013

hilangnya sebutir permata
dibuang dari bidangnya
kononya menjadi penghalang
namun dalam senyum dia meningalkan
anak didiknya
dan sedikit cebisan ilmu

ditingalkan juga kenangan bersama rakan-rakan
senyum sayu sambil menghirup air
memegang sebatang rokok
jangan risau anak didikku
aku tak pernah bersedih
sudah selalu berhadapan dengan halangan

hidup bukan untuk ditangisi
apa yang dilalui ada kemanisan di hadapan

nukilan buat seorang guru:
Abu Bakar Abu Mansor
Akademi Pengajian Melayu UM

Tuesday, April 2, 2013


ku seru nama mu 
supaya dapat kutahu mana asal usulmu
supaya dapat kutahu dari mana keturunanmu
katanya kapitan cina,katanya bangali kain,katanya melayu jawa
semua tertanya-tanya
kata sarjana mereka lah pengkajinya
tapi mana jawapannya
yang ada hanyalah pertanyaan dan persoalan tanpa jwapan

bangun,bangun,bangun
ceritamu dalam hikayat belum mampu menyakinkan
hanya sekadar untuk ucapan dan lipur lara harian
tiada yang dapat dibuktikan
membuatkan semua masih tercengang
yang tertanya tiada jawapan 
para sarjana terus berdiam

sekali lagi kuseru
biar masyarakat tahu
melayu ada panglima dahulu 
biar anak muda tahu
panglima ini pernah beradu demi tanah melayu

bangun wahai roh tanpa jasad
supaya dapat kau bertemu dengan anak bangsamu
supaya dapat dicerikatan keperitanmu

keserunamamu
bangun
bangun
bangun wahai HANG TUAH
biar generasi baru tahu akan perjuanganmu

kerana 
kita juga manusia
kita punyai jiwa
kenapa perlu sengketa
untk sesuatu yang tak sempurna

kerana
perjuangan kita sama
cuma sedikit perbezaannya
hingga sampai bermasam muka

kerana
fitrah manusia
menyanggah bermakna terpisah

tuan ,
songkok satu,
habis,

tuan,
kopiah satu,
habis,

oh! rupanya raya dah hampir,
eh! raya,
bukan pilihanraya,

kenapa songkok dan kopiah,
dagangan untuk merayu undi.