Hidup Sentiasa terkejar ke sana sini.Tidak pernah mempunyai masa untuk menikmati ketenangan. 24 jam yang diberikan bagaikan tidak cukup mungkin kalau diberi 40 jam mencukupi.Kadangkala terpaska korbankan waktu makan,terpaksa korbankan waktu tidup,terpaksa korbankan waktu untuk bersama keluarga
Sebenarnya kita sendiri tidak tahu apa yang dikejarkan. Adakah wang ringgit yang sekadar untuk kemewahah. Ya, rasanya itulah yang membuatkan kita semakin kesuntukan. Tambahan dengan bebanan yang pelbagai ,dengan kemahuan nafsu yang mengila. Hinggakan masa untuk berdepan kepada pencipta bagaikan langsung tiada.
Bilakan kita boleh sujud dalam tenang,bilakah kita boleh sujud dengan khusyuk dan bilakan kita akan benar-benar ikhlas untuk sujud. Tak kan bila sampai ajal baru hedak menyesal. Waktu itu menyesal bagaikan tiada gunanya.Tangisan tidak akan kedengaran lagi, rayuan tidak akan dipedulikan lagi hanya sebatang kara untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya..
Bilakah Sujud ini akan benar-benar ikhlas....
No comments:
Post a Comment