Friday, June 14, 2013

Tubuh Badan bagaikan tak merestui

Meleleh leleh,cecair pekat.Aku rasakan bagaikan tidak dapat restu untuk aku hadapai pepereksaan.Setiap kali peperiksaan mesti benda yang sama berlaku  demam dan sakit perut perkara lumrah.Nak dikatakan tak pernah hadapi peperiksaan adalah mustahil dah 26 bukan (25 baru) tahun bergelumang dengan peperiksaan tapi msalah yang sama tetap berlaku . Aku rasa mungmin sebab gementar,gementar nak hadapi peperiksaan.

Kalau nak cakap tentang persediaan menghadapi peperiksaan rasanya memang dari dahulu aku tak pernah bersedia. Sebulan ,semingu dan sehari baru kelam kabut mencari nota(aku rasa perangai yang susah nak ubah). Masuk ni dah kali ke dua aku nak grad masih dengan sikap yang lama.

Tapi bila difikirkan sebabnya aku rasa bukan aku yang malas cuma keadaan yang memaksa aku jadi macam ni.Banyak benda yang perlu difikirkan.Kalau dahulu hanya fikirkan tentang pelajaran sekarang kena fikirkan tentang perbelanjaan (biasalah bila duit kena cari sendiri kan)
                                                   
                                 macam mana nak bayar yuran?
                                 duit untuk adik-adik?
                                 hantar duit ke kampung?

Cuma nasib aku baik ,aku belum kawen kalau tidak macam mana aku nak uruskan kehidupan seharian aku. tinggal beberapa satu semester lagi aku nak habiskan pengajian(kalau habis) sabarlah wahai hati.Walau apa yang menghalang hidup mesti di teruskan

Aku dapati tiap kali peperiksaan tubuh badan bagaikan tak merestui,sebab itu musim peperiksaan datang beserta dengan pelbagai penyakit. Sakit kifarah dosa ,aku terima seadanya.

No comments:

Post a Comment