tengah bekerja
datang seorang pakcik membeli dua bungkus keropok
pakcik: beli untuk anak-anak
aku :owh!!
pakcik:biasalah saya balik lewat malam, mak diorang pun balik lewat beli lah benda sikit nak hiburkan diorang
aku:anak2 pakcik tngal dengan pengasuh ke?
pakcik: tak lah, dengan nenek diorang
aku : hrmmm
selepas pakcik tu keluar aku baru terfikir, itulah kehidupan di Kuala Lumpur
kota yang kita banggakan
bekerja semata2 untuk makan, minum ,rumah , pakaian dah beberapa perkara yang lain
hidup bagaikan keretapi yang berjalan
lambat sikit kita akan tertinggal,tertindas dan diperkotak katikkan
Kuala Lumpur bukan tempat aku, bila aku dah dapat apa yang aku nak...aku akan ke tempat lain pula...
No comments:
Post a Comment