Tuesday, June 21, 2011

jadi cikgu....



praktikal dah nak habis aku pun tengah pening kepala memikirkan apa yang hendak dibuat selepas habis praktikal ni, dan dengan tiba-tipa pagi tadi dapat panggilan daripada cikgu sekolah lama aku dulu






cikgu:salam boleh tolong mengajar tak



aku:insyallah boleh,tapi mengajar apa?



cikgu:apa yang awak boleh ajar



aku:boleh ja mate dengan bm kalau sains boleh lah sikit-sikit tapi kalau BI jangan..he2



cikgu:ok set jumaat ni boleh mula ajar budak-budak upsr






macamtu lah lebih kurang perbualan aku dengan cikgu aku pada pagi tadi, jadi dengan tempoh masa lebih kurang 2 bulan lebih lagi dekat rumah( cuti semester) maka dengan ini aku terpaksa menjadi cikgu tusyen dekat ex sekolah rendah aku dulu.






cikgu yang tak bertauliah, nantikan ajaran sesat dari cikgu ye murid-murid, he2..tak kisahlah sekurang-kurang terisi jugak masa cuti aku dengan perkara-perkara yang berfaedah daripada melangut tak ada kerja di rumah....






ai betul-betul jadi cikgu lah lepas ni..he2.....

laptop buat hal lagi



dah banyak kali baiki rasanya my lappy dah benar-benar nazak



dengan itu aku terpaksa mengambil keputusan dengan berat hatinya



-



-



terpaksa menamatkan perkhidmatan lappy kesayangan aku



-



-



nampaknya dalam tempoh beberapa hari blog aku tak akan di update



sebab aku nak kumpul duit nak beli lappy baru



-



-



harap maklum



("_)






blog aku bukan blog politik



ada apa dengan 9 julai



jom sama-sama kita saksikan



semua rakyat marhein nanti-nantikan



aku bukan sokong pembangkan



aku sokong keamanan



aku sokong keadilan



tak kira siapa yang memperjuangkan



sama-sama kita benteras kebatilan






ingat






9 julai






kita saksikan









ps: aku hanya sokong pejuangan macam pak samad, pejuang bangsa dan bahasa



Sunday, June 19, 2011

tak jadi ke langkawi

perancangan yang dibuat untuk bercuti ke langkawi terpaksa ditunda ke bulan 7, alamak waktu itu aku sudah habis latihan industri aku di pejabat pelajaran daerah baling sik. memang tak ada rezeki aku juga lah nampaknya.

dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan, tapi tak mengapa lah langkawi sudah berkali-kali aku pergi lagipun jimat sikit duit aku untuk bulan ini dengan keadaan ekonomi poket aku yang semakin mengering memang aku bersyukur sangatlah percutian ini dibatalkan.

nak tahu sebab apa percutian ini dibatalkan dan ditunda..?
hal ini adalah disebabkan kem BTN yang kami akan menginap mengalami keretakan dan kami dinasihatkan supaya menangguh program yang akan diadakan di situ.
oleh itu beberapa tempat lagi dihubungi untuk tujuan penginapan tetepi semua tempat penuh oleh itu penganjur mengambil keputusan untuk menunda program yang telah dirancang. aku terima berita ini dengan redho je lah..he2...

selamat tinggal langkawi, dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan....

Saturday, June 18, 2011

jom jaga tepi kain orang

aku ajak jaga tepi kain orang bukan ajak selak kain orang. agak kasar kan. Kenapa aku ajak jaga tepi kaian orang lain kalau orang tua dulu-dulu menegah kita kalau menjaga tepi kain orang lain.

Hal ini disebabkan keadaan dulu dengan keadaan sekarang sngat berbeza. Jika dilihat zaman datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu jiran tetangga sangat rapat dan saling bertegur sapa antara satu sama lain, manakala anak-anak saling dikawal dan diperhati sesama jiran tetangga.

berbalik pula pada zaman sekarang nak bertegur sesama jiran pun kadang-kadang susah bagaimana pula untuk nak menegur anak-anak jiran. kerana apa semua ini berlaku, kerana sikap kita yang dihalang oleh "jangan jaga tepi kain orang" . jiran tetangga dibiarkan tidak bertegur, malahan jika sesuatau yang tidak mnyenangkan berlaku masing-masing hanya membutakan mata malahan hal inilah yang menyebabkan masalah dalam masyarakat berlaku sewenang-wenangnya kerana masing-masing mementingkan diri sendiri.

jadi bagi mengelakkan kepincangan ini dari terus berlaku marilah sama-sama kita menjaga tepi kain orang lain atau dalam kata lain mengambil berat dengan keadaan di sekeliling jangan semua hnya mementingkan diri sendiri.

Wednesday, June 15, 2011

MLM part II(end)


Ok kita smbung lagi bab MLM, kenapa orang suka join MLM terutama golongan pelajar dan boleh dikatakan kebnyakkan yang join MLM ni budak-budak U, yakni golongan yang terpelajar. Pelik kan kenapa golongan yang terpelajar yang selalu kena tipu ye dan kebanyakkan yang menipu bukan lah dari golongan yang terpelajar pun.

Kenapa orang suka MLM, kerana nak cepat KAYA. Mana ada jalan mudah nak kaya. Tak kanlah labur dua tiga ratus lepastu goyang kaki, mana boleh kaya kalau begitu dalam tak sedar kita dah kena tipu.

Sekarang senang cerita usahalah sendiri kalau nak senang, duit 2 3 ratus yang korang laburkan kepada MLM baik korang buat berniaga ada gak untung. So pandai-pandailah fikir, jangan korang ingat aku tulis entry ni sebab aku nak jadi adib muadib pula, dia dah otai...aku baru nak belajar..he2

Tuesday, June 14, 2011

your voice is very beautiful

ini nak cerita sikit tentang sorang sepupu aku yang agak gila-gila...he2...(kalau dia baca memang aku kena kutuk balik lah dalam blog dia)..

sepupu aku ni belajar kat tempat pak-pak arab @ Mesir. dia ambik medic kat sana nak jadi Dr katanya, tapi tak tahulah..he2...satu lagi sebelum terlupa sepupu aku nih perempuan... sekali satu pagi nak lepaskan tension gamaknya dia melalak lah kat ruang tamu rumahnya, sekali tengah berangan nak jadi Yuna, dalam tak sedar nyanyiannya yang agak merdu itu didengari oleh jiran kat sebelah rumah dan pada pagi itu juga dapatlah sehelai surat yang dimasukkan ke bawah pntu rumahnya

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


dengan kehadiran surat itu dia menjadi konfius adakah suaranya betul-betul seperti yang ditulis di dalam surat itu ataupun sebaliknya....

mintak-mintaklah ko tak baca blog aku cik khaleela Anis hahahahahaha(nama dan gambar terpaksa dirahsiakan disebabkan hal-hal keselamatan aku bukan keselamatan dia.....he2..)

pulut kuning


satu istilah dan makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu. kenapa pulut kuning begitu dikenali dalam masyarakat melayu, hal ini kerana pulut kuni dipercayai dikaitkan denagn semangat. Jika dilihat masyarakay dahulu kebanyakkan menggunakan pulut kuning dalan aktiviti perbomohan. Pulut kuning ini juga disediakan jika sesuatu tempat itu mengadakan majlis-majlis keraian.

kenapa aku tulis tentang perihal pulut kuning. begini kisahnya kalau zaman dahulu anak-anak yang akan dihantar berguru kepada seseorang guru untuk menuntut ilmu, ibu bapa mereka akan menyerahkan anak mereka kepada guru itu bersama-sama dengan hidangan pulut kuning..kononnya sebagai semangat kepada anak-anak mereka untuk belajar atau berguru kepada seseorang guru itu. semasa penyerahan itu ibu bapa akan berpesan kepada guru tersebut supaya mengajar anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna dan guru juga boleh memeukul jika anak mereka melakukan kesalahan, tapi pukulan itu janganlah sampai mencederakan anak-anak mereka cuma sekadar untuk mengajar anak-anak mereka supaya tidak mengulangi lagi kesalahn yang mereka lakukan.

jika dilihat bagaimana ibu bapa zaman dahulu mnyerahkan anak-anak mereka untuk menuntut ilmu, dan bagaimana pula halnya sekarang...?

anak-anak terlalu dimanjakan oleh ibu bapa, kadangkala kalau anak-anak dipukul oleh guru-guru disekolah ibu bapa akan menyerang balas, guru memukul kerana mengajar , kalau guru tak dibenarkan untuk memukul pelajar murid-murid akan naik kepala, bukanlah saya nak menyokong hukuman rotan kepada murid-murid tetapi ada kala dalam sesuatu situasi perlu juga digunakan kaedah pukul bagi mengubah atau mengajar pelajar-pelajar yang nakal.

ok, berbalik kepada pulut kuning tadi bagaimana kalau situasi itu diaplikasi di zaman yang serba moden ini, agak-agak relevan atau tidak.

Rindukan Semangat Pulut Kuning...he2



promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sini http://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sinihttp://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

promote blog kak ratu bulan

harini aku nak promote satu lagi blog, aku memang dah ketagih sangat dengan blog ini kalau boleh makan minum dan tidur kat depan blog ni, dan disebabkan blog ini juga aku berminat untuk berkecimpung dalam dunia blogger ini.

dulu asalnya hanyalah blog biasa tapi sekarang dengan jumlah pengunjung secara purata melebihi 500 orang sehari , blogger ini dah semakin popular ditambah lagi dengan hasil tulisan blogger ini telah beredar dipasaran dan salah sebuah hasil tulisannya telah menduduki carta no 5bestseller di gedung buku MPH....

sapa tak kenal blog RATU BULAN, bagi peminat-peminat novel tak mungkin mereka tidak mengenali blogger ini, hasil-hasil e novel akak blogger ni mula berada di pasaran semasa karnival pesta buku antarabangsa 2011 di pwtc baru-baru ini. Byangkan bermula dengan hasil tulisan di dalam blog akhirnya akak blogger ratu bulan ni dah menempa nama dalam dunia penulisan novel.


kalau sesiapa kaki novel bolehlah melawat kat blog akak ratu bulan ni kat sinihttp://novelratu.blogspot.com/. aku dah 2 tahun mengikuti e novel yang ditulis olah akak ratu bulan ni ataupun dikenali juga dengan nama Nurfa

ok sembang banyak pun tak guna jom dapatkan novel akak blogger ni kat kedai-kedai buku yang berhampiran...

kalau nak baca novel free jom melawat blog akak nih......http://novelratu.blogspot.com/ kat bawah ni aku tunjuk sikit novel yang popular yang mana dihasilkan oleh akak blogger nih..

antara karya yang aku minat hasil tulisan akak ni adalah HIKAYAT CINTA

Monday, June 13, 2011

~akhirnya nelayan tak kan ke laut lagi~

bagaimana jika semua nelayan di dunia ini boikot dan tidah mahu ke laut lagi. Baru segelintir nelayan di malaysia memboikot tak mahu turun ke laut dengan serta merta harga ikan-ikan di malaysia telah melambung naik, itu hanya segelintir bagaimana pula kalau semua nelayan boikot tak nak turun ke laut lagi.

kenapa masalah ini terjadi, ini disebakan harga minyak naik dan kerajaan mengurangkan subsidi (ops... dah masuk bab politik lah pulak, alah tak kisah)....bukan aku nak kondem atau komen kerajaan. Cuba bayangkan sejak dari dulu smpai sekarang nelayan dah lah hidup dalam kesusahan walaupun dibiayai berjuta-juta ringgit dari duit subsidi kerajaan(kononnyalah) tapi masih ramai lagi nelayan-nelayan yang miskin...dan sekarang dengan harga barang minyak yang mahal dan subsidi ditarik bagaimana nelayan-nelayan nak hidup, bagaimana mereka hendak membiayai perbelanjaan harian mereka .

sudahlah harga minyak dinaikkan, nelayan-nelayan pula diugut supaya tidak menaikkan harga ikan-ikan mereka. Kadang-kadang aku pelik juga melihat fenomena ini orang yang memimpin tak dapat nak fikr masalah rakyat yang dipimpin mereka bagaikan orang yang tidak pernah hidup susah. tapi mungkin beginilah kalau orang yang tak sedar diri kan. bila dah senang sikit lupa orang kat bawah, sebenarnya aku malas nak tulis hal-hal yang bersangkut paut dengan politik ni tapi keadaan memaksa.....so korang semua kena baca lah bebelan aku ni..he2.....

no title

Sunday, June 12, 2011

MLM punya pasal PART I


dari dulu lagi sampai sekarang aku cukup tak suka MLM bukan sebab dah penah terkena tapi sebab aku dah tengok ramai kawan-kawan aku merana disebabkan MLM ni. Memang lah jadi kaya kalau join benda-benda macamni tapi masalahnya banyak benda korang kena buat, kalau setakat masuk goyang kaki sampai bila-bila pun korang tak akan kaya tapi bertambah kayap lagi lah.

aku masih ingat semasa aku di negeri pantai timur dahulu, ramai rakan-rakan aku join MLM, ramai juga yang memujuk aku supaya menyertai mereka, tapi aku tak pernah makan pujukan, sewaktu itu aku masih bersekolah dan masih mengharapkan duit dari ayah aku jadi aku sememangnya tidak berminat langsung dengan MLM.

sebab apa aku kata kalau join MLM ni susah...sebab kita kena tipu orang....diulangi sebab kita kena tipu orang...sebab itulah aku tak sanggup nak join MLM.....malahan ada MLM yang menggunakan unsur-unsur agama bagi menarik minat orang ramai menyertai MLM, kalau keadaan ini tidak dikawal makin ramai lah orang akan diperbodohkan

Cuba kita fikir kalau ramai yang join mlm ni kaya, mesti dah ramai jutawan-jutawan di malaysia ni kan, tapi masalahnya apa yang kita dapat lihat kalau join MLM ni orang-orang atas sahaj ayang kaya raya, apa yang jadi kepada anak-anak buat dibawah....tak kan yang itu pun tak dapat difikirkan...tuhan anugerahkan otak suruh fikir...jadi kalau nak buat apa-apa fikirkanlah dulu jangn menyesal di kemudia hari...



nak bercuti di mana lagi ya....?

kemana lagi aku nak pergi, semua negeri dalam malaysia aku dah pergi...he2..bukan nak riak tapi memang jadi impian aku untuk jalan-jalan ke seluruh negeri di tanah air aku ini...fikir punya fikir aku dapat idea, aku nak kumpul duit nak pergi UMRAH......he2.....jom ada sesiapa yang nak ikut tak.....tapi RM5000 mana aku nak cari, keja pun tidak, belajar pun hanya mengharapkan duit biasiswa sahaja..tapi insyallah kalau ada rezeki aku akan pergi....benda baik ni kalau nak selalunya kita akan dapat kan.....cuma tanamkan tekad dan usaha insyallah akan dapat.......
LEPASNI AKAN NAK TUKAR TITLE CIKGU JADI HAI PULA....HAJI ABBAM..HE2

aduhai.....masjid...

semua pakat belumba-lumba nak buna masjid, konon-kononnya nak tambah pahala, tapi yang masalahnya pakat nak bina masjid sahaja tapi tak pernah pula pakat-pakat nak berlumba-lumba nak tambah amal ibadat. Kalau nak tengok zaman sekarang banyak masjid-masjid yang dibina sngat mewah dan sangat besar tapi kat dalannya kosong lebih bnyak masjid pula dari jemaah dan lebih angka bil-bil bulanan daripada bilangan jumlah jemaah kat masjid...membebel banyak-banyak pun tak guna jom kita tengok beberapa buat masjid yang boleh dikatakan mewah di negara kita tapi tak berapa nak mewah dengan jemaah.....(kalau hari jumaat memang melimpah ruah lah jemaah)




Wednesday, June 8, 2011

trip to langkawi


tengah-tengah sibuk buat keja tiba-tiba keranai dari bahagian pentadbiran datang

kerani: "eh hang nak p langkawi tak"

aku: "bila,masa mana, kena bayanq ke tak"

kerani:"semua ditanggung, eh awek praktikel kat atas pun pergi jugak"

aku: "ok,masukkan nama saya sekali ye akak, "dengan muka penuh senyuman

yahooooooooooo....langkawi lah pula....tak sia-sia aku praktikel, dapat juga pergi holday ke langkawi.....


ops......sensors...


jejalan berblogwalking tetiba....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terjumpa
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
satu artikel tentang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau Tidak



jom terjah aku malas nak cakap banyak
malas nak taip panjang2
dan malas nak copy n paste kat blog aku
cuma klik kat sini je dan baca......
Buat perempuan berhati-hatilah dan buat lelaki baca dan familah.........



nak kongsi kegembiraan....

menerima perkhabaran gembira

pertama keputusan final exam yang mencapai target

kedua tempoh praktikel dipendekkan

seharian membuatkan aku tersenyum gembira

alhamdulillah syukur kepada tuhan





berita gembira

praktikel dipendekkan tempoh....
rasa nak bersorak..
rasa nak melaompat...

memng terbaik....
dapatlah isi poket dengan baki sisa2 cuti yang masih ada...

aku dah bosan kat pejabat.....sekian....

Wednesday, June 1, 2011

menghabiskan hari-hari terakhir praktikel....

orang kerja aku kira update blog je...he2..tak kisah lah janji dapat menghilankan rasa boring dalam diri aku, tapi ok gak, aku akalau boring blog lah jadi tempat menghilangkan boring, kira macam kawan karib lah, bosan......yup itulah istilah yang aku dapat ungkapkan dari mula praktikel hingga sekarang...tak ada satu pun kerja yang best..hahaha...nasib baik lah kau boleh on9 kalau tidak mati kutu lah aku di pejabat nih.......lat top pnyelamat ketika bosan ni...hahaha........update2........nak on9 Fb tak boleh.....so merapu saja lah dekat dalam blog nih...