Monday, June 13, 2011

~akhirnya nelayan tak kan ke laut lagi~

bagaimana jika semua nelayan di dunia ini boikot dan tidah mahu ke laut lagi. Baru segelintir nelayan di malaysia memboikot tak mahu turun ke laut dengan serta merta harga ikan-ikan di malaysia telah melambung naik, itu hanya segelintir bagaimana pula kalau semua nelayan boikot tak nak turun ke laut lagi.

kenapa masalah ini terjadi, ini disebakan harga minyak naik dan kerajaan mengurangkan subsidi (ops... dah masuk bab politik lah pulak, alah tak kisah)....bukan aku nak kondem atau komen kerajaan. Cuba bayangkan sejak dari dulu smpai sekarang nelayan dah lah hidup dalam kesusahan walaupun dibiayai berjuta-juta ringgit dari duit subsidi kerajaan(kononnyalah) tapi masih ramai lagi nelayan-nelayan yang miskin...dan sekarang dengan harga barang minyak yang mahal dan subsidi ditarik bagaimana nelayan-nelayan nak hidup, bagaimana mereka hendak membiayai perbelanjaan harian mereka .

sudahlah harga minyak dinaikkan, nelayan-nelayan pula diugut supaya tidak menaikkan harga ikan-ikan mereka. Kadang-kadang aku pelik juga melihat fenomena ini orang yang memimpin tak dapat nak fikr masalah rakyat yang dipimpin mereka bagaikan orang yang tidak pernah hidup susah. tapi mungkin beginilah kalau orang yang tak sedar diri kan. bila dah senang sikit lupa orang kat bawah, sebenarnya aku malas nak tulis hal-hal yang bersangkut paut dengan politik ni tapi keadaan memaksa.....so korang semua kena baca lah bebelan aku ni..he2.....

1 comment:

  1. pak2 menteri cakap.."kenaikan tidak akan membebankan rakyat"..harga minyak kita maseh terendah berbanding negara2 yg lain..bla bla bla...

    ReplyDelete