Tuesday, June 14, 2011

pulut kuning


satu istilah dan makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat melayu. kenapa pulut kuning begitu dikenali dalam masyarakat melayu, hal ini kerana pulut kuni dipercayai dikaitkan denagn semangat. Jika dilihat masyarakay dahulu kebanyakkan menggunakan pulut kuning dalan aktiviti perbomohan. Pulut kuning ini juga disediakan jika sesuatu tempat itu mengadakan majlis-majlis keraian.

kenapa aku tulis tentang perihal pulut kuning. begini kisahnya kalau zaman dahulu anak-anak yang akan dihantar berguru kepada seseorang guru untuk menuntut ilmu, ibu bapa mereka akan menyerahkan anak mereka kepada guru itu bersama-sama dengan hidangan pulut kuning..kononnya sebagai semangat kepada anak-anak mereka untuk belajar atau berguru kepada seseorang guru itu. semasa penyerahan itu ibu bapa akan berpesan kepada guru tersebut supaya mengajar anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna dan guru juga boleh memeukul jika anak mereka melakukan kesalahan, tapi pukulan itu janganlah sampai mencederakan anak-anak mereka cuma sekadar untuk mengajar anak-anak mereka supaya tidak mengulangi lagi kesalahn yang mereka lakukan.

jika dilihat bagaimana ibu bapa zaman dahulu mnyerahkan anak-anak mereka untuk menuntut ilmu, dan bagaimana pula halnya sekarang...?

anak-anak terlalu dimanjakan oleh ibu bapa, kadangkala kalau anak-anak dipukul oleh guru-guru disekolah ibu bapa akan menyerang balas, guru memukul kerana mengajar , kalau guru tak dibenarkan untuk memukul pelajar murid-murid akan naik kepala, bukanlah saya nak menyokong hukuman rotan kepada murid-murid tetapi ada kala dalam sesuatu situasi perlu juga digunakan kaedah pukul bagi mengubah atau mengajar pelajar-pelajar yang nakal.

ok, berbalik kepada pulut kuning tadi bagaimana kalau situasi itu diaplikasi di zaman yang serba moden ini, agak-agak relevan atau tidak.

Rindukan Semangat Pulut Kuning...he2



No comments:

Post a Comment