Saturday, June 18, 2011

jom jaga tepi kain orang

aku ajak jaga tepi kain orang bukan ajak selak kain orang. agak kasar kan. Kenapa aku ajak jaga tepi kaian orang lain kalau orang tua dulu-dulu menegah kita kalau menjaga tepi kain orang lain.

Hal ini disebabkan keadaan dulu dengan keadaan sekarang sngat berbeza. Jika dilihat zaman datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu jiran tetangga sangat rapat dan saling bertegur sapa antara satu sama lain, manakala anak-anak saling dikawal dan diperhati sesama jiran tetangga.

berbalik pula pada zaman sekarang nak bertegur sesama jiran pun kadang-kadang susah bagaimana pula untuk nak menegur anak-anak jiran. kerana apa semua ini berlaku, kerana sikap kita yang dihalang oleh "jangan jaga tepi kain orang" . jiran tetangga dibiarkan tidak bertegur, malahan jika sesuatau yang tidak mnyenangkan berlaku masing-masing hanya membutakan mata malahan hal inilah yang menyebabkan masalah dalam masyarakat berlaku sewenang-wenangnya kerana masing-masing mementingkan diri sendiri.

jadi bagi mengelakkan kepincangan ini dari terus berlaku marilah sama-sama kita menjaga tepi kain orang lain atau dalam kata lain mengambil berat dengan keadaan di sekeliling jangan semua hnya mementingkan diri sendiri.

1 comment:

  1. sedikit peringatan ; sebelum jga tepi kain orang kena ukur baju dibadan sendiri dahulu..hehhehe...peribahasa jgak tu... (^-^)

    ReplyDelete