Sunday, June 12, 2011

MLM punya pasal PART I


dari dulu lagi sampai sekarang aku cukup tak suka MLM bukan sebab dah penah terkena tapi sebab aku dah tengok ramai kawan-kawan aku merana disebabkan MLM ni. Memang lah jadi kaya kalau join benda-benda macamni tapi masalahnya banyak benda korang kena buat, kalau setakat masuk goyang kaki sampai bila-bila pun korang tak akan kaya tapi bertambah kayap lagi lah.

aku masih ingat semasa aku di negeri pantai timur dahulu, ramai rakan-rakan aku join MLM, ramai juga yang memujuk aku supaya menyertai mereka, tapi aku tak pernah makan pujukan, sewaktu itu aku masih bersekolah dan masih mengharapkan duit dari ayah aku jadi aku sememangnya tidak berminat langsung dengan MLM.

sebab apa aku kata kalau join MLM ni susah...sebab kita kena tipu orang....diulangi sebab kita kena tipu orang...sebab itulah aku tak sanggup nak join MLM.....malahan ada MLM yang menggunakan unsur-unsur agama bagi menarik minat orang ramai menyertai MLM, kalau keadaan ini tidak dikawal makin ramai lah orang akan diperbodohkan

Cuba kita fikir kalau ramai yang join mlm ni kaya, mesti dah ramai jutawan-jutawan di malaysia ni kan, tapi masalahnya apa yang kita dapat lihat kalau join MLM ni orang-orang atas sahaj ayang kaya raya, apa yang jadi kepada anak-anak buat dibawah....tak kan yang itu pun tak dapat difikirkan...tuhan anugerahkan otak suruh fikir...jadi kalau nak buat apa-apa fikirkanlah dulu jangn menyesal di kemudia hari...



1 comment: